17 April 2012

ISUNYA PTPTN BUKANYA PASAL ADAT.......

'Kalung bunga': Wan Ji balas kritikan Fathul Bari
OLEH :Zainulfaqar | Apr 16, 7:36 PM

TiNDAKAN mahasiswa mengkalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) nampaknya menggamit perbezaan pendapat di kalangan agamawan.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahaya mengkritik tindakan itu.
Fathul Bari (berbaju merah) pernah berdebat dengan Wan Ji (paling kanan) mengenai baik buruk menegur pemimpin Umno BN secara terbuka pada Mac tahun lepas. Moderator, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor.

Manakala Pengasas Sekolah Pemikiran As-Syatibi, Wan Ji Wan Hussain mengkritik balas beberapa pendapat Fathul Bari.Fathul Bari menuduh mahasiswa berkenaan cuba melakukan simbol pengkafiran ke atas Najib yang juga Presiden Umno.

“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang?

“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” tegasnya di Sinar Harian Online.


Jawapan berbeza

Wan Ji dalam reaksi spontan pada PenangInsight.com berkata, perbuatan mengkalungkan bunga itu

adalah adat, bukan sahaja pada 'Si Mati' tetapi juga pada orang yang masih hidup.

Maka katanya, tidak wajar disempitkan penafsiran perbuatan mahasiswa terbabit dengan memanipulasi faham agama Islam.

Lebih penting dan menjadi perkara pokok, menurut beliau, adalah membincangkan baik atau buruk sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu terhadap rakyat terbanyak di negara ini.

"Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Najib) sendiri pernah dikalungkan bunga dalam satu perayaan agama (Hindu) di Batu Cave sebelum ini, tetapi tidak dibantah oleh iLMU.

"Itu (kalung bungan kepada Najib dan Rosmah) adat atau agama (Hindu)? Dia (Najib) masih hidup atau mati (ketika itu)? "Jangan sempitkan soal budaya dengan memanipulasi agama (hukum Islam) jika itu tujuannya," ujarnya.

Isu Takafir (saling mengkafir)

Menurut Fathul Bari, perbuatan mahasiswa terbabit yang mengkalungkan bunga pada gambar kedua-dua pemimpin negara itu boleh membawa pada kekafiran.Ini kerana katanya "Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat".

Mengulas kenyataan "pengkafiran" itu, Wan Ji berpendapat Fathul Bari seolah-olah cuba mengkafirkan mahasiswa Islam yang menyuarakan bantahan ke atas pentadbiran Najib pula.

"Kalau perbuatan itu (mengkalung bunga pada gambar) suatu 'pengkafiran', adakah Ustaz iLMU (Fathul Bari) cuba mengkafirkan pelajar-pelajar terbabit pula kerana memprotes sistem yang dianggap menindas ini (PTPTN)," soal Wan Ji yang juga mahasiswa lanjutan Maqasid asy-Syariah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Beliau menasihatkan Fathul Bari (kanan) supaya menjelaskan isu 'Kalungan Bunga' tersebut

secara ilmiah, bukan secara politik yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

Sindir pemimpin zalim itu wajib

Wan Ji menjelaskan, perbuatan mengkalungkan bunga pada gambar kedua-dua pemimpin negara itu adalah di bawah ketegori adat yang harus.

"Kaedah fiqh menyebut, 'asal sesuatu itu adalah harus' pada semua perbuatan di bawah ketegori adat namun kaedah sebegini ditolak oleh sesetengah agamawan yang literalis (iaitu) yang berpegang pada zahir nas (al-Quran dan al-Hadith).


Wan Ji (kiri) menjelaskan bahawa kaedah fiqh itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud, "Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi” (rujuk Surah Al-Baqarah : 25).

Tambahnya lagi, Fathul Bari sepatutnya membincangkan isu pokok, iaitu baik buruk sistem PTPTN yang lebih dilihat membebankan mahasiswa terbanyak berbanding perkara harus, iaitu adat mengkalung bunga pada gambar Najib-Khaled.

"Tanpa merujuk pada fathul Bari, golongan literalis agama umumnya keliru dalam soal adat dan aqidah.

"Sindiran menggunakan perbuatan adat juga adakalanya ditolak oleh mereka sungguhpun di dalam al-Quran pun kaya dengan sindiran-sindiran kepada mereka yang zalim dan sebagainya," ujarnya.

Beliau menjelaskan, contoh lafaz sindirian dalam al-Quran antaranya bermaksud, "maka gembirakanlah mereka bahwa mereka akan menerima siksa yang pedih" (Surah Ali Iimran: 21)

"Kalau (lafaz) sindiran ada dalam al-Quran, takkan sindiran dalam hal adat (bukan mana-mana agama) ditolak di sisi syarak pula?

"Kalau ada ayat al-Quran suruh (mewajibkan) umat Islam jangan cenderung pada mereka yang zalim (ayat 113 dari Surah Hud), takkan menyindir seseorang yang dianggap zalim tidak wajib?

"Kalau ditajamkan soal (mahasiswa tiada) adab, adab ini di bawah ketegori afdhaliyat dan hukumnya sunat... yang selama-lamanya tidak boleh sampai menafikan perkara yang wajib, iaitu tegur pemerintah yang membebankan rakyat.

"Jika tindakan pelajar dianggap 'melampaui batas' ianya terhadap pemerintah terbabit sahaja dan tidak sebesar 'melampaui batas' (oleh) kedua-dua pemerintah terbabit yang membabitkan majoriti pelajar di negara ini seperti yang dianggap oleh pelajar.

"Jangan alpa... baik buruk PTPTN itu sendiri jangan diperkecil dengan membesarkan isu adat yang harus ini (kalungan bunga)," ujar beliau.

Perbezaan pendapat di antara kedua-dua ilmuan muda ini tidak mustahil membuka ruang wacana seperti sebelum ini.

Wan Ji yang lebih dikenali sebagai Pak Shaik Muka Buku dan 'ulama Umno' Fathul Bari pernah duduk sepentas membincangkan mengenai baik buruk menegur pemimpin negara secara terbuka menurut disiplih maqasid asy-syariah. -END

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...