18 April 2012

KELUARGA BUDAK MAUT DIBAYAR RM200,000 -PANDUAN UNTUK SEMUA

Keluarga budak maut dibayar RM200,000
SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan seorang surirumah, Tan Pek Hooi dan anaknya, Choong Woon Yi dibayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM200,000 atas kematian seorang lagi anaknya akibat dilanggar sebuah bas sekolah, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Zaleha mengarahkan suaminya, Choong Thoo Kiah dibayar sebanyak RM10,000 untuk kesedihan akibat tragedi menimpa anak mereka.

Mereka turut diarah dibayar RM5,000 bagi kos pengebumian mangsa, Shoong Woon Nee, 8, yang dirempuh dan digelek sehingga mati pada jam 6.30 pagi, 11 Januari 2007.

Dalam penghakiman yang dibacakan Penolong Kanan Pendaftar, Zuraida Abu Bakar di dalam kamar beliau semalam, defendan pertama iaitu pemandu bas, Wong Tak Soon dan pengendali syarikat bas itu, Chia Yoon Meng diarah membayar 40 peratus daripada jumlah tersebut.

Sementara Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sun Yuk, Rawang, Yu Choi Chin pula diarah menanggung 10 peratus daripada bayaran­ tersebut.

Defendan pertama dan kedua turut diarah membayar kos saman tersebut sebanyak RM20,000.

“Mahkamah dapati pemandu bas tidak bercakap benar. Dia tahu bahawa dia telah melanggar dan menggelek badan mangsa. Defendan ketiga (guru besar) dan defendan keempat (Kerajaan Malaysia) betul apabila membenarkan bas masuk ke dalam kawasan sekolah dan tidak meletakkan guru bagi menyelia murid-murid pada jam 6.30 pagi,” katanya.

Mahkamah ada tanggungjawab untuk memastikan keselamatan murid-murid sekolah di bawah jagaan pemandu bas dan pemilik bas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...