22 April 2012

2 pakar "BOM" BN AKAN JADI CALON PR?

PRU-13: PAS meminang Ramli Yusoff, Kadir bertanding


KUALA LUMPUR — PAS telah mula berkempen untuk merekrut bekas orang kuat kerajaan dengan harapan dapat meningkatkan sokongan terhadap parti Islam berkenaan dengan pilihan raya ke-13 semakin hampir.

The Malaysian Insider difahamkan, parti Islam itu sedang cuba untuk memikat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff termasuk bekas ahli jawatankuasa tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) untuk bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya akan datang.

Ramli telah berulangkali memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa Peguam Negara, dan Abdul Kadir telah mengumumkan keluar Umno bulan lalu selepas menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Kedua-dua pemimpin berkenaan adalah individu yang kritikal dan vokal terhadap pentadbiran kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin parti Islam telah mengesahkan mereka telah membuat “pelawaan” tidak rasmi kepada kedua-dua tokoh tersebut supaya menyertai PAS, namun Abdul Kadir dan Ramli masih lagi belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Mereka adalah antara nama yang telah disebut, namun masih lagi belum ada keputusan daripada kedua-dua mereka,” kata timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kepada The Malaysian Insider semalam.

Ketua penyelidik PAS, Dzulkefly Ahmad berkata, penyertaan kedua-dua pemimpin itu ke dalam PAS akan memberikan banyak kelebihan kerana mereka akan membekalkan maklumat lengkap berkenaan jenayah yang telah dilakukan kerajaan BN suatu masa dulu.

“Mereka berasal daripada sistem. Ini adalah orang yang kritikal terhadap sistem, pernah menyokongnya. Mereka juga pernah melihat segala kekurangan sebelum ini, itu akan didedahkan dan digunakan bagi memusnahkan sistem sedia ada,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Mereka adalah contoh terbaik individu yang pernah bekerja dengan BN yang korup, yang kini tidak lagi tahan untuk terus bekerjasama dengan BN, dan mahukan kerajaan yang lebih baik,” kata pemimpin PAS itu.

Namun Dzulkefly menjelaskan, beliau tidak akan menolak kemungkinan kedua-dua pemimpin itu dilihat sebagai pemimpin lapuk idea, namun memandangkan umur dan perkhidmatan yang yang telah mereka lakukan dengan kerajaan.

“Mereka perlu dinilai daripada diri mereka sekarang, apa yang mereka katakan,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dipetik sebuah portal online semalam berkata parti Islam itu akan meletakkan Ramli sebagai calon dalam PRU akan datang.

Namun apabila dihubungi, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan Ramli masih lagi belum memberi kata putus untuk menyertai mana-mana parti politik.

“Saya ada berjumpa beliau (Ramli) beberapa hari lalu ... soalan itu ditanya, namun beliau masih

lagi belum membuat sebaranh keputusan.

“Tunggu dan lihat, kita tunggu dan lihat,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider.

Abdul Kadir mengesahkan PAS dan PKR telah “mencadangkan” agar beliau menyertai mana-mana daripada kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sebelum pilihan raya, namun berkata beliau masih lagi belum membuat “sebarang keputusan” untuk menyertai mana-mana parti politik sekarang ini.

Bekas menteri itu berkata beliau ada menyertai ceramah PAS sebagai panel, dan akan terus menyertai perhimpunan dan program PR.

“Saya ada banyak masa terluang, jadi saya boleh menghadiri ceramah-ceramah ini,” tambahnya.

-The Malaysian Insider

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tak setuju la TS Kadiaq jadi calon PAS... PAS PAS ramai lagi yg dah bertungkus lumus sejak dari dulu lagi bagi la depa jadi calon...Kadiaq ni UMNO dah buuang nak ambik jadi calon pulak....nanti lompat parti pulak...jgn jd bodoh la PAS woiii

Tanpa Nama berkata...

Aku juga sokong pendapat Anon diatas. takkan lah PAS begitu pendek akal, kerana nak menang sanggup ambil pak kadiaq yang dah kena reject.

Lupakah tindakan-tindakan pak kadiaq dulu semasa tengah gagah menjadi barisan pemimpin utama UMNo baru? Masih ramai ahli-ahli PAS yang lebih layak dan tidak mempunyai rekod kotor untuk diambil menjadi calon.

Cukuplah sekadar memberi ruang kepada paka kadiaq membalas dendam kepada kengkawan lama di pentas-pentas ceramah PAS je.

IkhwanMusliminLemal berkata...

kah kah kah!
Pimpinan PAS ni tak pernah ambil iktibar dan pengajaran dari sejarah lepas-lepas.
Kalau nak dipanggil bodoh, terasa pula berdosa, apatah lagi dibawah pimpinan "ulamak".
Kalau nak dikatakan bengong. takut dikatakan pula mulut hodoh.
Namun boleh dikatakan pimpinan mudah mabuk air sejuk.
Kalaulah ada syaitan atau jin pelesit datang mengaku depan mereka "aku dah nak jadi malaikat", mulalah kelabu mata. Apa lagi yang datang itu dirasakan oleh pimpinan PAS ada nama atau bekas kelas bangsawan UMNO, maka pelesit dan syaitan itu telah dianggap malaikat yang maksum.
Bila otak dipengaruhi dengan kebodohan, maka mata pun mula kelabu, maka pelesit-pelesit dan syaitan taubat ini akan ditawar dengan pelbagai tawaran, konon boleh membawa tuah dan kemenangan dalam pilihanraya.
Ahli PAS terpaksa sokong dan membutakan mata, kerana yang menipu mereka adalah pimpinan PAS, walaupun keputusan seperti ini banyak didalangi oleh geng "Berkopiah PAS, namun berhati nafsu UMNO".
Contoh terbaik adalah Kelantan, setelah Brahim katak menipu PAS Pasir Mas berkali-kali, namun pimpinan PAS Pasir Mas tidak pernah insaf, kerana mereka bodoh dan senang ditipu.
Yang menjadi broker untuk menipu PAS Pasir Mas pula adalah pimpinan PAS negeri yang "berkopiah PAS, namun berhati perut UMNO". Sebenarnya pemilihan brahim katak sebagai calon berlambangkan PAS, tiada sedikit kaitan pun dengan kepentingan parti, tapi demi kepentingan fulus dan perniagaan. "Kalau tak percaya, tanyalah Fatah dan Husam".
Begitu juga dengan para pelesit hantu bekasan UMNO yang berselerak di Kelantan, mereka ini telah menjadi "biawak beban" kepada PAS Kelantan.
Harap-harap perangai bodoh bengong yang dimiliki oleh pimpinan PKR hanya milik mereka sahaja. Lihatlah bagaimana parti mereka sepatutnya disokong sebagai parti masa depan, namun dijahanamkan oleh para pelesit UMNO, bukan sahaja lari meninggalkan sumpah, bahkan menggigit tangan yang menolong mereka, seperti "anjing" dilepaskan ketika tersepit. Harap pimpinan PAS buka hati, buka biji mata dan buka telinga luas-luas. Jangan berulang lagi perangai gelojoh bodoh dalam menentukan masa depan PAS.Cukup yang terakhir manusia seperti Hasan ibnu Ali menjadi pengajaran.

"AHLI PAS PASIR MAS TIDAK AKAN MEMBENARKAN MANUSIA DARI LUAR PARTI MENJADI CALON PAS DI PASIR MAS DAN TENDONG".
"BERAMBUS TEORI POLITIK BENGONG DAN BODOH".

Tanpa Nama berkata...

apakah jasa2 kadiaq pada PAS yg sampai sanggop nak diangkat dia jd calon..dekat KEdah tu ada ribu2 lagi calon yg layak dan yg muda dan berpendidikan tinggi belaka..jgn jadi bodoh la. kalau bekas KSJ tu pada aku ok la tp kalau kadiaq tu aku rasa dia kena tunjukkan keikhlasan dulu la dan berjuang dulu dan buang rambut palsu dia ..kalau rambut pun palsu aku takut masok PAS pun palsu..maklom lah jawatan dan kuasa

meknabpakkar berkata...

moleklah tu Salahuddin, kalau kau nak perjahanamkan parti PAS, jemput sahaja Ramli bekas ketua siasatan jenayah kormesial (KSJK) jadi calon PAS, molek lagi lantik pula beliau sebagai mursyid am PAS.

Salahuddin!
kenapa kau gunakan kepala lutut untuk berfikir?. Kau ingat orang PAS batang kayukah? Ikut membabi buta apa yang pemimpin kata?. Ini adalah soal prinsip yang setiap kali dilanggar oleh pimpinan parti. Selepas timbul masalah dikemudian hari, pimpinan parti lepas tangan dan buat bodoh sahaja.

Salahuddin!
Siapa Ramli ni, adakah kau kenal, apa yang kau tahu namanya gah sahaja, sejarah latar belakang tidak pernah kau kenal.
Bukankah si Ramli ini adalah bekas orang kanan polis dan ketua SB, yang semua orang tahu sikapnya kepada PAS amat merbahaya. Adakah mustahil suatu hari nanti segala rahsia parti akan ada dalam poket beliau, kemudiannya disalur rahsia parti kepada UMNO.
Maka ketika jadilah Ramli ejen UMNO dalam PAS.
Bukan nak beburuk sangka, namun orang yang benar-benar mukmin mesti terlalu berhati-hati dengan jerat musuh.
Bukankah Ramli ini pernah dilibatkan dengan kes rasuah, kerana kekayaan yang melampau dan meragukan. Benar atau tidak, pimpinan seperti kena buat kajian.

Salahuddin!
kau mesti ingat bahawa parti yang kau bernaung dan berjuang adalah parti PAS, yang berteraskan Islam dan mementingkan nilai-nilai moral.
Parti PAS bukan UMNO atau PKR. Sungguhpun ahli dan penyokongnya, menurut sahaja, tapi mereka ada hati dan perasaan, maruah mereka juga mesti dijaga.

Salahudin!
Selepas Hasan Ali buat onar, semua pimpinan parti buat-buat bodoh, kononnya "pengacau telah dibuang Allah dari PAS".
Kalau semua lipan dan ular kapak nak dijadikan wakil rakyat PAS, maka PAS akan seperti tong sampah dan jamban taik.

Tanpa Nama berkata...

Cepat sangat melatah orang orang melayu yang komen ni..baru saja ditepuk bahu belum dicucuk pinggang!sabar dahulu kawan.pastikan sumber sahih atas segala pernyataan dalam artikel.belum apa apa salahuddin sudah dapat pahala percuma..jangan mudah disakat!sabar!cari lagi 2,3 sumber yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...