25 April 2012

Ketua Hakim Syarie bongkar seleweng terima anugerah

KETUA Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusof Musa (kanan) yang dipilih menerima Hadiah

Integriti sulung Pulau Pinang kerana membongkarkan penyelewengan RM500,000 membabitkan seorang staf Mahkamah Syariah sekaligus menyerlahkan insiatif kerajaan negeri dalam melaksanakan polisi Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan LIm Guan Eng sendiri yang menyerahkan sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000 atas keberanian Yusof membongkarkan penyelewengan membabitkan bayaran balik bon jaminan di Mahkamah Syariah.

Yusof, 52, semasa ditemui baru-baru ini melahirkan rasa terima kasih atas sokongan Kerajaan Negeri PulauPinang terhadap menyemarakkan budaya integriti di negeri berkenaan.

"Ini (perlantikan sebagai Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang) adalah amanah yang suatu hari nanti akan dihitung oleh Allah.

"Bukan anugerah yang saya cari, tetapi amanah kita dengan Allah," ujarnya," ujarnya di George Town.

Yusof memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang pada Februari 2009.

Beliau menjelaskan, unsur penyelewengan mulai disedarinya apabila menyemak sistem fail mahkamah.

"Pada hari ke-16, saya mula berkhidmat di sini (Pulau Pinang), saya lihat ada sesuatu yang tidak kena pada (sistem) fail.

"Ada (pelanggan) yang dibayar sampai RM7,000 bon jaminan sedangkan kadar maksimum (bon jaminan) apa jua kes hanya RM5,000 sahaja.

"Dari situ, saya mula teliti baucer (bon jaminan) yang dikeluarkan dan memanggil kakitangan yang disyaki," ujar beliau.

Pendedahan itu kemudiannya dilaporkan pada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Manakala saspek pecah amanah tersebut telah dilarang oleh Yusuf sendiri untuk melakukan tugas-tugas kewangan di jabatannya sehingga siasatan lanjut selesai.

Yusof dalam nada rendah diri berharap insiden tersebut akan diteladani oleh penjawat awam yang lain dan rakyat di negeri berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...