15 Februari 2012

MIMOS : 230,000 pengundi ‘meragukan’ di PRU13

“230,000 pengundi meragukan akan sertai pilihan raya umum ke-13.”
Demikian taklimat MiMOS, syarikat teknologi milik kerajaan pusat kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC).Anthony Loke (gambar) selaku salah seorang ahli PSC mendedahkan, sumber MiMOS mengesan kira-kira 820 kes di mana 100 pengundi dikenal pasti menetap pada alamat yang sama.

“Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

“Tempat-tempat ini termasuk kem tentera,” katanya. Taklimat secara tertutup hampir 2 jam itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah di depan Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili serta ahli jawatankuasa lain.


Loke turut mendedahkan beberapa alamat palsu dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Sebagai contoh, katanya: “Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh”.

22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun. Meragukan.

Justeru, PSC memberi masa selama dua minggu untuk MiMOS membuat semakan lanjut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR mengenai 230,000 pengundi meragukan itu.Loke desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pembubaran Dewan Rakyat sehinggalah kesemua 230,000 pengundi yang meragukan itu dapat diBERSIHkan dari daftar pemilih SPR.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...