14 Februari 2012

ANGKASA ( KOPERASI KEBANGSAN) alami ketirisan berbilion ringgit akibat penyelewengan

Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dalam memorandumnya ke pejabat Perdana Menteri berkata, ketirisan itu membabitkan kerugian RM6.5 juta.


PUTRAJAYA: Persatuan Usahawan, Kosultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) mendakwa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terjebak dengan penyalahgunaan kuasa dan salah urus tadbir sehingga menyebabkan ketirisan berbilion ringgit.

Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dalam memorandumnya ke pejabat Perdana Menteri berkata, ketirisan itu membabitkan kerugian RM6.5 juta dalam pembelian tanah, pegawai Angkasa mengumpul elaun sehingga berjuta ringgit dan melanggar Undang-Undang Kecil Seksyen 30 (5), termasuk membelanjakan RM1.27 juta membeli tujuh Toyota Camry sedangkan peruntukan yang diluluskan hanya RM400,000 sahaja.

“Angkasa juga pada tahun 2009 didapati berbelanja untuk Persidangan Tahunan Kebangsaan Angkasa (PTKA) berjumlah RM2.62 juta, melebihi 31 peratus daripada RM2 juta bajet tahunan yang sepatutnya digunakan
.“Lebihan perbelanjaan ini melanggar peraturan 14(2) Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 yang memperuntukkan koperasi hanya boleh belanja tidak melebihi lima peratus daripada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh mesyuarat agung.

“Hasil siasatan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2010 juga mengesahkan berlakunya penyelewengan tersebut namun sehingga sekarang tiada tindakan dikenakan terhadap Angkasa,” katanya dalam memorandum tersebut.

Kredibiliti Ali Baharum dipertikai

Mustafa Kamal yang juga Pengerusi Portfolio Koperasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat turut mempertikaikan kredibiliti Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum sebagai Yang DiPertua Angkasa yang didakwanya pernah terlibat dalam aktiviti koperasi skim cepat kaya dan memperdaya orang ramai melabur sehingga jutaan ringgit.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini pernah membuat laporan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain menghantar aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia namun sehingga sekarang masih tiada tindakan.Katanya, isu ini tidak boleh dipandang sepi memandangkan ia membabitkan 8,500 koperasi yang mempunyai sembilan juta ahli dan 92 peratus daripadanya adalah Bumiputera yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Terlalu banyak penyelewengan dalam Angkasa sehingga menyebabkan kami terpaksa membawa perkara ini terus kepada Perdana Menteri sekaligus mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri Saiful Azhar dan Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah Ravindran Devagunam di lobi Bangunan Perdana Putra di sini hari iTurut hadir menyerahkan memorandum itu Penasihat Uruskop yang juga Penasihat Koperasi Malaysia Thuraisingam Shan.-FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...