13 Februari 2012
Indeks Global: Malaysia di tempat ke 28
KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat ke-28 dalam Indeks Globalisasi 2011 Ernst & Young (E&Y).
Negara-negara Asia lain yang berada dalam kalangan 30 tempat teratas ialah Hong Kong (No.1), Singapura (No.3), Taiwan (No.12) dan Korea Selatan (No.29), kata E&Y dalam satu kenyataan hari ini.
Indeks Globalisasi yang dikeluarkan oleh E&Y dengan kerjasama Unit Risikan Economist (EIU) itu mengukur sejauh mana 60 negara terbesar berdasarkan KDNK, berhubungan dengan negara-negara lain di dunia.
Lima kriteria yang diukur ialah keterbukaan kepada perdagangan, pergerakan modal, pertukaran teknologi dan buah fikiran, pergerakan buruh dan penyepaduan budaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan