01 Jun 2011

Pas memang tak rock -1 ANALISA YANG BAIK

Pas memang tak rock

Oleh: MSK

Tahun 2010, aku join Biro Latihan PKR dan kemudian masuk Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pusat. Kerja aku membantu Haji Mail mengadakan latihan diperingkat Cabang. tugas spesifik aku ialah menyediakan data untuk pilihanraya.

Dalam blog, aku kutuk PKR, aku kutuk Pas, aku kutuk DAP. Dalam latihan pun aku kutuk juga. Dalam blog, orang hentam aku balik. Dalam latihan pun orang hentam aku balik. Tapi seperti yang aku selalu sebut, kita boleh bergaduh, kita boleh bertengkar…tapi diakhirnya perlu ada penyelesaian. Kalau aku salah, aku ikut hangpa. Kalau hangpa salah, hangpa ikut aku.
Dalam posting yang lalu, PRU13: Kedah, aku katakan Kedah dalam bahaya. Orang dah merungut, ramai yang kecewa dan ramai yang mengatakan PR dan BN sama saja. Mungkin betul…mungkin salah. Tapi kalau kita tak dapat nak berhujah dengan orang-orang yang tak puashati ini, macam mana kita nak yakinkan depa bahawa kita lebih baik?

Semasa satu sessi latihan untuk petugas-petugas Pusat Khidmat Taman Medan, aku tanya kepada peserta…apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Selangor. Memang banyak program yang telah dibuat. Sampai tak muat dua kertas mahjung aku tulis.
Tapi bila aku kategorikan program-program tersebut mengikut kategori umur yang mendapat faedah, terdapat lompong ditengah-tengah.

Bagi kategori dibawah umur 21 tahun, macam-macam program. Dari Tabung Warisan sampai biasiswa pelajar masuk Universiti. Dalam kategori 40 keatas, macam-macam program yang dibuat. Dari rumah PPRT sampai insuran mati. Tapi bagi kategori 21-40…kosong!!

Dalam PRU 2008, mereka yang membuat perubahan sehingga membolehkan Pakatan menang di lima buah negeri adalah terdiri daripada mereka disaluran 2-3. Ataupun saluran orang muda. Tapi bila dah menang, saluran 2-3 ini dibiarkan, dan yang mendapat tumpuan adalah mereka yang menentang Pakatan…. semua program untuk orang tua, yang mengundi BN.

Begitu juga undi-undi di estet-estet. Semasa PRU 2008, undi-undi estet inilah yang banyak memberikan kerusi kepada Pakatan. tapi lepas menang, apa program yang telah dibuat untuk mereka?

Dalam lain perkataan, kalau hendak merasa seseuatu dalam Pakatan, jangan undi Pakatan. Malah, kalau kita nak minta sesuatu pun, jawapannya ialah.."pi masuk Umno".
Jadi, aku bagi tau kat depa…kalau trend ini berterusan, Pakatan Rakyat Selangor akan kalah dalam PRU nanti.
Posting ini juga untuk membantu Mazwandi yang buat komen dalam posting tersebut.
mazwandiMay 25, 2011 (Edit)

cuba bagitau, rakyat tak puas hati dgn apa? bagi detail apa yg tak puas hati. ni asyik komplen, komplen, lepas tu suruh buat solution, solution tentang apa? beri spesifik penjelasan la……
Sepatutunya ini bukan kerja aku, tapi kerja mereka yang telah dibayar gaji dengan menggunakan wang rakyat, untuk mengetahui masalah rakyat. Bukan rakyat yang nak kena melutut buat aduan…pemimpin kena turun mendengar aduan.
Aku gunakan satu contoh bagaimana PR boleh kalah di Selangor. Dan ini juga boleh menyebabkan Kedah tumbang.
Cuba hangpa perhatikan data-data dibawah iaitu perbandingan diantara keputusan PRU 2008 dan PRK 2010 Hulu Selangor.

Hangpa perhatikan keputusan saluran anak muda dan perhatikan undi yang diperolehi oleh PKR bagi tahun 2008 dan 2010. Dalam masa dua tahun, sokongan anak muda terhadap PKR di Hulu Selangor merosot. Kalau dalam PRU 2008, kumpulan umur 21-39 tahun merupakan tunggak sokongan kepada PR, tetapi pada tahun 2010, sokongan mereka merosot. Mengapa?

Undi anak-anak muda Melayu dan India merosot, sebaliknya, undi anak muda Cina meningkat. Pasai apa? Yang tu pun aku kena cari jawapan ka?
Sebenarnya jawapannya dah banyak kali aku tulis dan banyak kali aku cakap, tapi masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebaliknya aku pulak yang kena kutuk…"Hang ingat hang terer sangat ka?" Mampuih pi la. tu pasai selepas Manek Urai, aku tak mau ikut PRK. Dan cuba tengok keputusan PRK selepas Manek urai. Macam mana trend pengundi muda? Naik atau turun?
Semua PRK selepas Manek Urai, Pas atau PKR tewas, tetapi DAP menang di Sibu. Pasai apa? Aku cerita pasai strategi dalam posting akan datang.

Macam yang aku kata, aku cuma sediakan data. Apa strategi dan apa tindakan, tak kan yang tu pun kerja aku? Kalau itu pun kerja aku, Pengarah Pilihanraya parti buat apa?
Masa aku tulis tentang Kedah hari tu pun, ada blogger yang copy-paste posting aku dan bertanya apakah yang perlu dilakukan oleh Blogger. Sepatutnya, soalan itu perlu ditanya kepada pemimpin parti, tetapi oleh kerana ada blogger yang mahu ambil inisiatif, aku ucap tahniah.
Ada satu perkara yang boleh dilakukan oleh blogger. Dan ambik la cabaran aku ini sebagai satu usaha untuk mempertahankan Kedah. Selangor sombong sebab depa dah kuat. Malah, semasa aku buat latihan tu pun ada yang perli.."hangpa nak jaga Perak pun tak reti, nak ajar orang Selangor pulak." Kat Penang pun macam tu. Mampuih pi la kat hangpa.

Cabaran yang aku sarankan ialah…cuba senaraikan, apakah dasar-dasar kreatif yang telah dilakukan oleh Kerajaan PR Kedah? Apakah program-program inovatif yang telah dibuat oleh Kerajaan PR Kedah? Senaraikan seberapa banyak yang boleh. Kalau hangpa pun tak tau, hangpa ingat depa yang duduk kat Naka boleh tau? Hangpa ingat depa yang duduk kat Victoria Estate kat Lunas tu tau?

Lepas tu kita padankan dengan data yang aku ada. Dan lihat unjuran yang kita buat sama-sama. Kita bagi free kat Kerajaan Kedah untuk diambil tindakan. Dan jangan lupa…kira kos hangpa sekali. Dan bagi tau kat pemimpin parti, berapakah kos yang kita kena keluarkan untuk menyelamatkan kerajaan Kedah. Kalau tidak depa besaq kepala.

Untuk permulaan, aku kena keluar RM4,000.00 untuk membeli daftar pemilih terkini bagi seluruh negeri Kedah, keputusan pilihanraya 2008 bagi setiap saluran dan mengupah orang untuk menganalisa daftar pemilih. Berapa pengundi baru, berapa pengundi pindah masuk, berapa pengundi pindah keluar, berapa yang mati dan berapa masuk penjara. Mungkin dalam dua tiga hari lagi, aku boleh siapkan data keseluruhan negeri Kedah. Upah aku aku belum kira.

Tapi dalam aku dok kira dan perhati, kemungkinan perkara yang berlaku di Hulu Selangor akan berlaku diseluruh negara. Dan kemungkinan Pas tewas dikebanyakan tempat semakin tinggi.
Dua isu yang terpenting yang membebankan Pakatan Rakyat. Undi anak muda dan undi India.
Anak muda lari kerana tidak ada program untuk anak muda. Mungkin Pas ada buat program-program depa, tetapi hanya program-program tertentu untuk sekumpulan kecil anak muda. Manakala sebahagian besar lagi ditindas.

Aku kata ditindas kerana mereka ini tidak minta apa-apa. Cuma mereka mahukan sedikit kebebasan. Tapi dengan Pas, memang tak rock.
Mula-mula bila ada pihak yang nak buat konsert Scorpion, Pemuda PAs buat demo. Setiap kali nak buat konsert, Pemuda PAS akan bantah. Dimana kebebasan?
Apakah kebebasan itu hanya tertakluk kepada lingkup pemikiran Pas?
Aku selalu siarkan lagu-lagu Meor Pestajiwa. Lagu Nikbinjidan. Lagu-lagu depa adalah lagu-lagu rakyat. Menentang kezaliman. Menentang ISA. Tapi bila aku nak buat konsert kat Selangor…Hasan Ali kata, "Saya tak mau terlibat dengan dosa" Pirrrahh!! Kalau macam tu cuba keluarkan fatwa, bahawa undi daripada mat-mat rock ini haram!

Dan kepada Pemuda Pas yang bantah konsert rock di Shah Alam, hangpa memang tak rock. (Baca disini)

Jerman Timur dan Jerman Barat bermusuhan disatu ketika dulu. Tetapi rakyatnya bersatu dibawah Scorpion dan meraikan runtuhnya tembok Berlin pada November 1989. Geng baju merah selalu bergaduh dengan geng baju kuning di Thailand, tetapi semuanya bersatu dibawah Carabao.
Rock membawa penyatuan. Membawa uniti. Yang memecahbelahkan rakyat ialah politik, Parti politik dan ahli politik.
Sebelum hangpa nak belasah aku, hangpa layan dulu lagu favourite aku di sidebar kat laman utama. Made in Thailand dari Carabao.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...