PKR hari ini mendakwa calonnya bagi kerusi Baleh, Bendindang Manja, telah dipujuk dengan tawaran wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya negeri 16 April ini.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Tan Kee Kwong, yang memberitahu Malaysiakini demikan berkata, Manja (kanan) telah dipanggil ke balai polis Kapit semalam untuk berbincang.
Tan yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin PKR mendakwa di situ Bendindang telah dipujuk oleh anggota polis yang berkata mereka dari cawangan khas.
Tan yang juga bekas timbalan menteri dalam kerajaam BN dan juga ahli parlimen Segambut di WP berada di Sibu untuk membantu kempen PKR.
-malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan