21 Mei 2009

HUJAH PEGUAM NIZAR LEBIH BERNAS!!

Eksklusif: Terkini Dari Mahkamah, Kes MB Perak

PUTRAJAYA - Hari ini ialah hari penentuan bagi keputusan oleh kedua-dua Menteri Besar Perak berhubung dengan rayuan kes masing-masing. Jika dlihat kepada tinjauan awam di mahkamah, ternyata mereka amat mengharapkan hakim memihak kepada Nizar. Ini bagi membolehkan satu pilihanraya kecil negeri Perak diadakan dalam masa terdekat ini.

Jika Zambry menang, bermakna harapan untuk melihat DUN dibubarkan agak tipis kerana sudah pasti mereka akan menggunakan segala kuasa yang ada bagi menghalang proses pilihanraya diadakan. Tambahan pula, pemimpin UMNO kini begitu gusar dengan suara rakyat kiranya ia berlaku. Besar kemungkinan Zambry dan semua exco Perak termasuk ADUN lompat akan dihukum oleh rakyat Perak nanti. Apapun, sama-sama kita berdoa agar satu jalan penyelesaian yang baik dan tidak memudaratkan rakyat dapat dicapai hendaknya. Justeru itu, ikuti laporan terkini perbicaraan kes rayuan kedua-dua Menteri Besar Perak dari Mahkamah Persekutuan :-Hakim Bakal Buat Keputusan Petang Esok

[5.12 pm] - Selepas sehari bersidang dan mendengar kedua-dua hujah peguambela Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir akhirnya Mahkamah Rayuan akan beri keputusan berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada pukul 3.30 petang esok. Sementara itu anggota media dari dalam dan luar negara didapati sedang berasak-asak di ruang mahkamah untuk hadir sidang akhbar Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Dalam pada itu ketika ditanya oleh wartawan, Nizar penuh yakin dengan keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah petang esok.

[4.15 pm] - Datuk Cecil Abraham berhujah terdapat lebih daripada satu cara menyingkir Menteri Besar dan bukannya melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri sahaja.

[4.12 pm] - Ranjit Singh sudah selesai berhujah. Sekarang Datuk Cecil Abraham membuat penggulungan bagi pihak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Di luar mahkamah penyokong kedua-dua pihak mula bergerak ke arah Bilik Bicara 3 Mahkamah Persekutuan.

[4.00 pm] - Sulaiman Abdullah berhujah Datuk Seri Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36(c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Datuk Cecil Abraham. Sulaiman meminta para hakim supaya tidak terpengaruh dengan keputusan penghakiman yang lepas-lepas. Sulaiman Abdullah selesai berhujah. Ranjit Singh pula memulakan hujah menyokong hujah-hujah Sulaiman. "Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan," kata Sulaiman.

[3.45 pm] - Hujah Sulaiman Abdullah lagi: "Kami bukan menyanggah kuasa Duli Yang Maha
Mulia Sultan tetapi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Nizar sudah hilang kepercayaan dan terus menyuruhnya meletakkan jawatan."

[3.40 pm] - "Tidak timbul persoalan Nizar perlu menghantar surat perletakan jawatan kerana undi tidak percaya tidak pernah dibuat," hujah Sulaiman Abdullah. Penghujahan peguam Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampak lebih konsisten dan mempunyai fakta yang kukuh serta berlandaskan perlembagaan manakala hujah yang disampaikan oleh peguam Datuk Dr Zamry Abd Kadir hanya sekadar biasa (tidak relevan) dan merujuk kepada bilangan kerusi DUN Perak. Dr Zambry tidak hadir di mahkamah dan dipercayai berada di Teluk Intan. Peguam Negara juga tidak kelihatan di dalam mahkamah.

[3.30 pm] - Peguam Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Sulaiman Abdullah (foto) berhujah sekiranya hujah peguam Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Cecil Abraham dan peguam pencelah, Tan Sri Gani Patail diterima, Perdana Menteri boleh disingkir oleh Yang Dipertuan Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional “Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir, sekiranya ada, ia semestinya terletak dibawah Artikel 18 tetapi jelas tidak ada! Tidak juga terdapat di mana-mana!”"Hanya satu sahaja cara untuk menyingkir Menteri Besar iaitu dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri," hujah Sulaiman di depan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

[2.10 pm] - Sebentar tadi peguam Datuk Seri Nizar, Sulaiman Abdullah memulai hujah dengan penuh keyakinan meneruskan perbicaraan sessi petang yang ditangguhkan tadi. Pada sessi petang ini Peguam Negara (AG) masih tidak muncul dalam kamar bicara. Mereka yang kelihatan cuma Timbalan dan Peguam-Peguam dari Pejabat Peguam Negara.

[1.10 pm] - Peguam Nizar, Suiaiman Abdullah meminta penangguhan sidang dan bersambung kepada jam 2.00 petang bagi makan tengahhari dan rehat. Sementara itu sekitar jam 10.00 tadi kelihatan Exco Haram, Hamidah Osman bersama sekitar 10 orang lelaki bersongkok tinggi sampai di sini dan beredar setelah mahkamah ditangguh dan mungkin akan muncul semula sekitar jam 2.00 petang nanti.

[12.10 pm] - Perbicaraan disambung kembali dan bilamana panel hakim membenarkan Peguam pencelah yang mewakili Zambry mengemukakan hujahnya. Pada satu masa, Ghani Patail (foto) telah ditegur apabila beliau salah menafsirkan maksud Menteri Besar pada artikel 10 Undang-undang Tubuh Kerjaan Negeri Perak. Panel tiga Hakim menjelaskan tafsiran sebenar Menteri Besar menurut artikel itu ialah Menteri Besar bersama Exconya. Sesudah Peguam Negara menyelesaikan hujahnya dijangka akan disambung oleh ketua panel Peguam Datuk Seri Nizar iaitu Sulaiman Abdullah.

[12.09 pm] - Sejak awal pagi tadi mahkamah penuh sesak dengan pemerhati dengan mereka memenuhi sekitar 100 ruang tempat duduk. Ternyata perbicaraan yang penting pada hari ini menarik perhatian ramai pihak sehingga ledakan kehadiran pemerhati yang tidak dapat ditampung tempat duduk yang terhad dalam mahkamah itu

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...