23 Mei 2009

RAJA SESUMPAH DAH KELUAR!!!








Sesumpah dah keluar dah...projek di Penanti tak jadi pasal ketakutan BN yang menghantar calon...juga lanjutan orang UMNO keluar dari parti dimana-mana...dia dah mula bercakap BN patut bertanding di Manik URAI dun kelantan....atas alasan BN ada harapan untuk menang. Tapi projek ini akan gagal kerana Najib PM dah kata PRK hanya membazirkan wang rakyat
BERITA LANJUT:
BN Akan Letak Calon Di Manik Urai, Kata Muhyiddin
By: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat.Beliau berkata ini kerana kekosongan itu berlaku disebabkan oleh kematian dan bukannya kerana wakil rakyat sengaja meletakkan jawatan."Saya berpendapat walaupun agak awal, kita akan bertanding di kawasan itu (Manik Urai) apabila telah diumumkan kekosongannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Kalau di (pilihan raya kecil DUN) Penanti, kita tidak bertanding atas sebab yang kita dah sebutkan, yang ini kematian telah menyebabkan kekosongan berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang berlangsung selama tiga jam di sini.
Kerusi DUN Manik Urai menjadi kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu pada pukul 5.55 pagi ini kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya Zamzuri Mat Lazim dinamakan calon PAS tetapi beliau tewas kepada calon BN Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 53 undi.Ismail dipilih semula bertanding kerusi Manik Urai pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli dengan majoriti 1,352 undi.
Ketika ditanya pandangan PAS bahawa Umno dan BN tidak perlu bertanding di Manik Urai untuk menjimatkan duit rakyat, Muhyiddin berkata BN tidak akan memberi laluan mudah kepada parti lawan terutamanya PAS."Kita tidak akan beri laluan mudah untuk PAS kerana pada pilihan raya umum lepas, kita hanya kalah dengan majoriti 1,352 undi," kata Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.Beliau berkata ini merupakan peluang kepada para pengundi di kawasan itu untuk meneliti dan menilai apa yang dilakukan oleh BN di Kelantan."Kita harap PAS jangan terlalu yakin bahawa ini kawasan mereka dan akan menang seperti biasa. Kita akan bertanding, insyaAllah," kata Timbalan Perdana Menteri sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Ismail.-- BERNAMA


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...