07 Mac 2013

TERKINI ! JENERAL SULU DAN 32 MILITAN SULU TERBUNUH SEMALAM ( Gambar & Video )





KPN: 32 penceroboh Sulu terbunuh semalam; jumlah keseluruhan 52


Pasukan keselamatan negara di Felda Sahabat, bersiap-sedia mempertahankan kedaulatan Sabah. 


Lahad Datu, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sul telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.

“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.

Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil. “Sesetengah juga bersembunyi,” tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan “memakan masa”.

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi. Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Piha berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal sekitar ladang kelapa sawit Felda Sahabat disini dimana para penduduk ditempatkan, antara kesukaran yang dihadapi untuk memburu penceroboh bersenjata tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat.

Beberapa penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi disini sejak kumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu melahirkan hasrat untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin.

Pengikut kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk mati di Sabah bagi menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan tersebut.

3 ulasan:

Awanama berkata...

kita nyanyi lagu ni TANYA SAMA NAJIB APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG kita ulang lagi...anwar punya lirik

Awanama berkata...

Apabila Tian Chua didakwa menghina anggota pdrm yg gugur sebagai 'mati katak' (saya tak pasti adakah ini benar), ramai yg marah dan telah ada yg membuat laporan polis (atas tuduhan apa agaknya). Mungkin apa yg dia maksudkan ialah suatu kematian yg sia-sia atau dalam kontek yg lebih lembut, sebagai suatu trajedi yg sepatutnya boleh dielakkan. Saya sehingga sekarang tidak faham mengapa pdrm yg diarah membentarasi penceroboh berkenaan yg kita semua jelas sebagai militan asing yg mencabuli kedaulatan negara ini. Jikalau tentera yg bertindak saya percaya kematian berkenaan dapat dielakkan kerana yg layak menghadapi penceroboh militan itu adalah tentera juga. Tentera kita memilii kelebihan keupayaan seperti jet pejuang, artelari, calvari, kombantan dan dua biji kapal selam Scorpene yg canggih. Panglima ATM pun kelihatan lebih garang dari KPN sendiri. Kecuaian atau ketidakcekapan pihak yg membuat keputusan sebegini (yaitu menyuruh pdrm pergi dulu) wajibnya dihukum. Ingat lapan(8) nyawa telah melayang.
Jika Geneva Convention dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan, maka saya meminta sesiapa saja terutama General-General dari ATM, KPN, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri menjelaskan kepada kami semua ,terperinci mengenai Artikel-Artikel terkandong dalam Convention yg menyokong tindakan tuan-tuan itu. Tapi sayugia dingatkan saya serta ramai lagi pembaca boleh membaca dan memahami kandongan Convention itu. Cuma kami mahu dengar dari mulut tuan-tuan sendiri kerana itu lebih baik dan afdal lagi. 

Awanama berkata...

pihak media patut ikut sama.Media pun sama seperti pejuang negara yg bersenjatakan pena.Ayuh media angkat senjata kamu ke medan tempur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...