04 Mac 2013

Ini Kerja ANWAR ! Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk...bukan salah SPR




KUALA LUMPUR, 4 MAC: Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan DUN di mana jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihanraya akan datang.

Semakan Kerajaan Negeri di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti.


Abdul Khalid berkata demikian di dalam pembentangnya di dalam persidangan terbuka Pilihanraya ke-13 di sini, hari ini.

“Kerajaan Negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini sebab itulah Kerajaan Negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” kata Abdul Khalid.

Laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun ke empat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar.

Daripada 497,084 pemilih baru yang telah disemak itu pula, 134,675 atau 28 peratus darinya tidak dapat dikenal pasti.

Menurut Abdul Khalid, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengendahkan gesaan daripada Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti lebih 134,000 pengundi ragu itu.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Alah takut lah tu...sebab ramai org daftar untuk pilihan raya tahun ini untuk pastikan kerajaan pkr diselangor tumbang...sebab pkr tak tunaikan janji seperti yg dijanjikan...kami anak muda negeri selangor akan pastikan pkr atau Khalid akan tumbang kat selangor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...