06 Mac 2013

TERKINI ! GAMBAR MAYAT MILITAN SULU YANG DIDEDAHKAN..!!! SAKSIKAN

13 mayat penceroboh ditemui, kata Zahid

6 Mac 2013
.

LAHAD DATU - Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.


Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.

"Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.

"Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

"Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu," katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.

Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu.-
Bernama



Antara lahad (kubur) besar yang dijumpai di Lahad Datu dipercayai tempat persembunyian tentera penceroboh...


Antara 13 mayat tentera Sulu yang dijumpai dalam sebuah lahad besar..


Antara mayat tentera dari kumpulan Sulu yang terbunuh dalam pertempuran semalam...

4 ulasan:

Awanama berkata...

Tak perlulah tunggu forensik nak tentukan mati sebab apa. Badan yg mati tu macam bukan mati tengah berperang.

Sangkakala berkata...

Badan yang mati tengah berperang macamana pulak?
Mesti ko pun salah seorang PAKAR FORENSIK sebab boleh tentukan mati berperang dengan yang ditunjukkan dalam gambar tu.
Ptuihh! x tau apa nak komen

Awanama berkata...

Hebat tentera sulu time Mati dari baju celoreng tukar tshirt komando Malaysia..kenapa tak tukar kain kapan terus???

jojo the hunter berkata...

Hebat Tentera Sulu Dah Mati pun boleh tukar baju dari celoreng tukar tshirt komando malaysia korang perasan tak semua baju lengan pendek dlm TV dulu celoreng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...