04 Mac 2013

AMARAN BUAT MALAYSIA ! JANGAN PANDANG LEKEH...TENTERA SULU..???

Jangan pandang rendah kepada ' tentera Sulu'  mereka juga telah menggunakan " tentera siber "......

Telah berlaku perang hacker antara "tentera siber" dari Filipina dan Malaysia telah berjaya mengodam web di Filipina dan sebaliknya ke atas web dan laman FB , di samping ketegangan yang semakin meningkat di Sabah akibat pertempuran antara tentera diraja Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia.

Pada hari Isnin, "Tentera Cyber Filipina" melakukan  serangan mereka mendakwa telah menyerang 175 tapak yang berpangkalan di Malaysia termasuk web milik kerajaan.

Penyokong Sulu ubah Wikipedia: Sabah negeri ‘haram’ Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Mac ― Penyokong militan Filipina memanipulasi enjin carian Google untuk mendapatkan sokongan untuk tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah, menurut laporan Agence-France Presse (AFP).


Agensi berita Perancis itu melaporkan sesiapa yang mencari perkataan “Sabah” melalui Google akan terlihat keputusan petikan daripada Wikipedia bertulis “Sabah ialah negeri haram yang sebahagian dari 13 negeri di Malaysia, dan dikatakan negeri paling timur tetapi sebenarnya sebahagian dari Kesultanan Sulu. Ia terletak di bahagian utara pulau Borneo.”


Bagaimanapun di dalam laman Wikipedia tertulis: “Sabah ialah salah sebuah dari 13 buah negeri di Malaysia.”

Dalam situasi peperangan siber terbaru sejajar dengan pertempuran antara penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan di Sabah. Dalam beberapa hari ini, penggodam dari Malaysia dan Filipina saling menggodam laman web di kedua buah negara, termasuk dari jabatan kerajaan.

Sebahagian dari 180 pengikut Sultan Sulu, termasuk 30 orang bersenjata, mendarat di pantai Lahad Datu dan mendakwa ini kawasan mereka.

Puak bersenjata Sulu ini berulang kali berkata mereka tidak akan undur dan akan mati di Sabah, walaupun Presiden Filipina Benigno Aquino III menyeru mereka untuk pulang secara aman.

Agensi berita Reuters melaporkan Malaysia membayar sejumlah wang kepada kesultanan tersebut sebagai “sewa” di Sabah, yang dilakukan sejak zaman penjajahan British.

Sementara itu, jurucakap Google Malaysia berkata mereka menyedari perkara ini.

“Keputusan panel maklumat ini datang dari graf maklumat kami, iaitu indeks dari beratus juta entiti maklumat termasuk dari sumber terbuka seperti Wikipedia. Apabila pengguna mencari maklumat, algoritma kami mendapatkan maklumat dari graf maklumat dan mengeluarkannya ke panel.

“Kita mahu memastikan maklumat yang diberikan setepat mungkin, jadi kami sediakan ‘link’ supaya anda boleh memberitahu kami maklumat yang tidak tepat,” katanya lagi.

7 ulasan:

Awanama berkata...

SY BUKAN NAK LEMAHKAN SEMANGAT. TP SY PERCAYA PUAK MORO NI CEKAP DLM ILMU PEPERANGAN. LAGI PUN ITU TEMPAT MEREKA. MEMBERI KELEBIHAN PADA MEREKA. MEREKA BG PELUANG KITA MENYERAH. JIKA BERDEGIL JUGA, SY PERCAYA TINDAKAN DRASTIK AKAN MEREKA AMBIL. SELURUH RAKYAT SABAH TELAH LAMA BENCI PROJEK IC INI. SEKARANG KEBENCIAN MEREBAK KE SEMENANJUNG. UMNO TIDAK BOLEH DIHARAP LAGI UNTUK MENTADBIR NEGARA.

Awanama berkata...

Ko g pindah sulu la bro..konon bkn nk lemah semangat..jd org awam pun xde kayakinan..klo jd askar ko yg lari dulu..blum berperang dh kalah psiko..xlayak jd rakyat malaysia..

Awanama berkata...

Atau ko ni mmg rakyat pilipin..askar malaysia yg terlatih pun ko giso dgn org kampung yg dilatih ala lanun..aptb..puihhhh

Unknown berkata...

kata kata sungguh xd komen yg mmberangsang kan,skurang kurang nya pndapat yg dberi org tu ad la logik nya,nmpk sgt macai ni jenis yg xbfikir,tau nk mrah xtntu pasal..

Awanama berkata...

Project ic bapak ko!!! Apa yg berlaku adalah sebuah pencerobohan dan kalau penceroboh tu punya ic.... Diorang tu adalah warganegara yg tidak taat. Org sulug sabah mmg asal sabah secara tradisinya.... Ko sapa... Kalau ko bangsa selain org asli... Nenek moyang ko pun tak layak dapat ic bodoh. Ko bodoh pergi duduk di jolo... Jadi org suluG... Lepas tu serang malaysia... Senang tentera malaysia tembak ko. BODOH!!!

Awanama berkata...

Bangsat tu sulug haramjadah piliphine kot.... Perasan jadi org tempatan... Tak nak lemahkan semangat konon.... Ni perang bodoh.... Ko nak umno ker ko nak pkr ker ko tunggu habis perang!!! Anjing!!!

Awanama berkata...

memang senang nak serang malaysia tapi 1000 kali susah daripada senangnya serang malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...