09 Mac 2013

SURAT ALASAN TAK HADIR KE SEKOLAH, KERANA TAKUTKAN PENCEROBOH BOOM SEKOLAH... SEMPOI PUNYA...

Apabila budak sekolah takut ke sekolah ekoran kejadian pencerobohan yang berlaku di Sabah......


11 sekolah di Lahad Datu diarah tutup
04/03/2013 6:19pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 buah sekolah di Lahad Datu, Sabah ditutup sementara sehingga Rabu ini sejak Jumaat lepas berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di kawasan itu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Arahan penutupan sementara itu dikeluarkan melalui surat bertarikh 1 Mac, katanya.

"Sekolah akan ditutup sehingga Rabu ini, sekiranya keadaan tidak reda, tempoh penutupan itu mungkin dilanjutkan mengikut keperluan sekolah,” katanya di sini hari ini.

Jabatan Pelajaran Sabah dan polis akan memantau perkembangan semasa di kawasan tersebut sebelum memutuskan keperluan melanjutkan tempoh penutupan tersebut, katanya.

Abdul Ghafar berkata, meskipun tiada desakan daripada ibu bapa untuk menutup sekolah terlibat namun Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

"Perancangan untuk memindahkan kesemua pelajar terlibat ke sekolah berdekatan juga tidak perlu, apabila situasi telah reda semua pelajar akan kembali ke sekolah seperti biasa,” katanya.

Abdul Ghafar berkata, cuti gantian perlu dilaksanakan selepas keadaan kembali pulih. —
 BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...