22 November 2012

TERKINI ! SKANDAL WANG HARAM RM40 J..MENDAPAT PERHATIAN DI MEDIA HONG KONG !!!


TERKINI DARI HONG KONG! Sidang Media Skandal Musa Aman 3 Petang Ini!


Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. 


Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).


Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa Aman.
James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi.
Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini:
1. Kenyataan Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC
2. Kenyataan Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno
3. Pendedahan bahawa anak Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC
Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. 
Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Musa Aman.

Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.
Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. 
Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.


Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
22 NOVEMBER 2012

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...