19 November 2012

HOT ! Isu Israel..BUKTI Kerajaan BN Hipokrit Terbongkar !!!


[Video] Chegubard Mendedahkan Dokumen Minyak Sawit Didagangkan ke Israel


Chegubard Mendedahkan Dokumen Minyak Sawit Didagangkan ke Israel! SAMM juga akan ke parlimen pada 23 November ini untuk satu sidang media penting yang menunjukkan betapa hipokritnya kerajaan Barisan Nasional

berikut adalah kenyataan awal SAMM ketika mendedahkan perdagangan Malaysia-Israel;

Penghantaran terus Malaysia – Israel , Israel – Malaysia Satu Jalan Perdagangan Rutin Biasa

Lihat Bukti Lengkap:  SINI


Felda jual sawit ke Israel, PAS akan serah memo 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman janjinya untuk mendedahkan bukti penjualan kelapa sawit oleh Felda kepada syarikat yang dimiliki oleh negara haram Israel ketika negara itu sedang membunuh umat Islam Palestin di Gaza.

(Mazlan menunjukkan invois jualan kelapa sawit Felda kepada Israel)

Beliau mendedahkan dokumen berupa invois jualan itu semasa berucap di Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh pimpinan dan ahli parti bersama-sama menyertai penyerahan memorandum ke pejabat Felda di Kuala Lumpur, 23 November ini.
Beliau berkata, memorandum itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi dan menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Mensasarkan 5,000 rakyat ke penyerahan memorandum tersebut, Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, Anak akan bergabung dnegan NGO-NGO lain berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

"Saya menyeru pimpinan dan ahli bersama-sama Anak berarak dari masjid berdekatan pejabat Felda ke pejabat Felda di Jalan Semarak untuk menyerahkan memorandum kepada Felda.

"Anak akan gerakkan jentera dan bergabung dengan NGO untuk penuhkan masjid sekurang-kurangnya 5,000 orang untuk serah memorandum mendesak penjualan minyak sawit kepada syarkat Yahudi sejak 2010," katanya sewaktu perbahasan usul di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik, hari ini.

Sementara itu, Mazlan juga mencabar pimpinan Umno menafikan perkara ini dalam Perhimpunan Agung parti itu akhir bulan ini.

"Tak perlulah Umno berkokok lagi dan kita cabar di perhimpunan agung untuk Umno jawab seperti yang dia nafikan sebelum ini.

"Saya ada bukti invois penjualan minyak sawit ini dan pasal saham Genting pun saya ada bukti," katany
 
Kedahkini


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...