19 Mei 2018

PANAS! NAJIB BAKAL DIREMAN?

                       

Najib dikehendaki hadir ke SPRM
Diterbitkan 19 Mei 2018


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak kenyataan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Harpal Singh Grewal yang menyatakan bahawa pegawai suruhanjaya itu akan hadir ke rumah bekas Perdana Menteri itu untuk merakam percakapannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, sebaliknya Najib dikehendaki hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada Selasa ini.

“Dalam notis yang diserahkan kepada Najib semalam telah dinyatakan dengan jelas bahawa beliau perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya,” kata Azam dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Najib dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.



Harpal hari ini dilaporkan berkata SPRM dijadual mengambil keterangan Najib, pada pukul 8 pagi Selasa ini di kediamannya di Langgak Duta, di Kuala Lumpur.

Semalam, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib bagi menghantar notis meminta Anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada Selasa bagi membantu siasatan kes melibatkan SRC International.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

- Bernama



Sudah jelas kes ini telah lama disiasat , rasanya Najib akan didakwa dalam kes ini, mungkin beliau direman dalam tempoh siasatan?

1 ulasan:

panji master berkata...

Tembelang 1MDB Makin Terdedah !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...