21 November 2012

Panas ! Tokoh Penubuhan Harakah Tibai Pemuda Pas WP !



Subky sangkal kritikan Pemuda PAS WP



KUALA LUMPUR: Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Harakah, Haji Subky Latif (Gambar), telah menolak pandangan Dewan Pemuda PAS supaya lidah parti termasuk Harakahdaily diletakkan di bawah satu jawatankuasa bagi tujuan memantau dan menyemak kandungan mereka.

"Tidak ada keperluan untuk jawatankuasa penyelia kerana sudah ada lembaga pengarah yang diketuai oleh pengerusi. Apakah tugas lembaga dan adakah mereka sentiasa berbincang dengan editor Harakah dari semasa ke semasa? " tanya Subky Latif, yang diberi penghargaan secara meluas kerana mengasaskan lidah parti yang popular itu.

Subky bagaimanapun mencadangkan bahawa penasihat yang bilangannya "tidak lebih daripada tiga orang" boleh dilantik untuk membimbing akhbar tersebut.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini membawa satu usul pada Muktamar Dewan Pemuda PAS yang menyerang Harakah dan laman berita dalam talian, Harakahdaily, kedua-duanya dikendalikan oleh PAS, berkata mereka telah tersasar daripada dasar parti.

Perwakilan menegaskan bahawa akhbar tersebut terlalu memberi ruang kepada Pakatan Rakyat berbanding PAS, manakala seorang wakil mengeluh bahawa lidah parti tersebut mempunyai kecenderungan melaporkan pandangan Syiah, berkemungkinan merujuk kepada liputan konflik antara Iran dan Barat.

Tetapi Subky (gambar) tidak bersetuju, berkata isu-isu tertentu yang melibatkan Iran mesti diberitahu kepada orang ramai.

"Isu-isu tertentu yang berkaitan dengan Iran mesti dipertahankan. Berita tentang Syiah juga perlu diterbitkan, tetapi tidak sesuai yang promosikan Syiah. Begitu juga, sentimen Wahabi tidak harus dipromosikan, " ujar Subky.

Subky, 72 tahun, yang pernah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa PAS Pusat dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, juga menekankan keperluan untuk Harakah dan Harakahdaily dalam memberi liputan kepada Pakatan Rakyat, berkata ia adalah sangat penting dalam perjuangan menentang Barisan Nasional.

"BN tidak boleh diganti jika orang hanya tahu tentang PAS tetapi kabur tentang Pakatan Rakyat dan kebaikannya," katanya, sambil menambah bahawa liputan itu mestilah selaras dengan perspektif PAS.

Mengenai dakwaan bahawa Harakah telah tersasar daripada dasar parti, Subky bertanya apa yang dimaksudkan dengan dasar.

"Adakah semua orang tahu apakah dasar dan adakah lembaga pengarah tahu dasar sidang editorial? Sila jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'tersasar', "katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi lidah parti tersebut.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan Harakah dan Harakahdaily," katanya. "Kita mesti faham bahawa Harakah berada di persimpangan, (ia adalah) untuk ahli-ahli parti dan pada masa yang sama ia perlu mencapai orang ramai. Inilah dilema mereka."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...