21 November 2012

AES ! Pandu Perlahan Juga Boleh Jadi Mangsa !!!



 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) didakwa tidak tepat dalam mengesan kenderaan yang melebih had laju kerana ia boleh menyebabkan kenderaan yang tidak melebihi had laju juga disaman.

Ini kerana kamera AES yang statik akan menyebabkannya merakam kenderaan yang tidak melebihi had laju yang kebetulan berada di hadapan kamera secara serentak dengan kenderaan lain yang laju.

Dakwaan tersebut dibuat Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu semalam.

Ronnie berkata beliau mengetahuinya melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini termasuk membuat rakaman video di salah satu tapak kamera AES yang ada di Selangor baru-baru ini.

“Ia bukan macam kamera yang dikendalikan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) atau polis trafik yang boleh terus tembak kepada kenderaan yang dipandu laju, tetapi AES ia statik.

“Kalau anda pandu perlahan, tak lebih had laju pun, tetapi kalau ada orang lain yang (melebihi had laju) potong pada saat itu, ‘flash’ kamera itu akan tangkap gambar semua kenderaan yang berada di situ pada masa itu.

“Kalau ada tiga kenderaan pada masa itu, ketiga-tiga kenderaan pun akan kena termasuk pemandu yang melebihi had laju itu sekali,” kata Ronnie.



Ronnie juga memberitahu lokasi sebenar AES di Selangor terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan bukannya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seperti yang disebut sebelum ini.

Menurutnya lagi notis 14 hari arahan merobohkan kamera AES yang dikeluarkan oleh MPKj baru-baru ini juga ditarik semula.

“Maaf, sebelum ini ada sedikit kesilapan, hari ini notis 14 hari itu telah dikeluarkan semula oleh MPSp,” katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan bahawa pegawai MPSp telah bersedia untuk tampil menjadi saksi di mahkamah sekiranya dipanggil dalam perbicaraan yang melibatkan saman AES nanti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...