20 November 2012

Panas ! Mampuih Dah Ostaz Azizan..Adun-Adun BN Nak Mengamuk Hari Nie...!!!


BN Kedah dijangka masuk Sidang DUN sebagai singa tetapi keluar macam kucing Siam





Semua rakan-rakan admin Kedah La nampaknya keletihan baru balik dari Muktamar terpaksa pula menyambung tugasan untuk Sidang Bajet 2013 esok di DUN Kedah. Ada yang jadi perwakilan dan yang jadi petugas ICT, semuanya terpaksa menyumbang bakti untuk perjuangan Islam. Kerja menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan ini tidak akan terhenti hingga qiamat. Ditakdirkan kita kembali mengadap Ilahi ada pula mata rantai yang akan menyambung kerja Islam.

Kita adalah pejuang Islam yang sangat kerdil dan lemah dari aspek kekuatan fizikal, material atau logistik berbanding musuh yang memiliki segala-galanya. Itu adalah sunnah perjuangan Islam di sepanjang zaman. Tentera Islam hanya seramai 313 berbading lebih 1000 tentera musuh di medan Badar. Tetapi pejuang kebenaran memiliki satu perkara yang tidak dimiliki oleh musuh iaitu 'senjata rahsia'. Apakah senjata itu? Rasulullah SAW mengajar bahawa 'Doa adalah senjata orang Mukmin.' Itulah senjata yang mampu dimiliki dan digunakan oleh PAS dalam menghadapi Pakatan Ahzab MCA, UMNO, MIC serta lain-lain parti komponen mereka yang berjumlah 13 kesemuanya. Doa adalah sebesar-besar senjata!

Apabila PAS bermunajat dan berdoa ke hadrat Allah SWT meminta supaya pihak musuh dilemahkan, dijahanamkan atau dikalahkan maka PAS sedang menggunakan senjata yang diajar oleh Rasulullah SAW. PAS berdoa supaya parti UMNO itu hancur lebur, bukan berdoa supaya orang-orang UMNO pecah perut, berkecai daging dan tulang.... tak kisah sebab Allah Maha Mengetahui apa yang orang PAS maksudkan.
Hanya beberapa jam selepas ribuan umat Islam menadah tangan berdoa di stadium di Kota Bharu, UMNO sudah menggelepar kesakitan. Ia tergambar secara jelas dalam media-media propaganda mereka. Kononnya berdoa untuk kemusnahan UMNO tidak Islamik tetapi adakah zalim dalam berkuasa, rasuah, menyeleweng, rompak wang rakyat, anjur maksiat, hedonisme, mengambil yahudi APCO sebagai penasihat, mempersenda hukum Allah, mempertahankan pula Chua Soi Lek yang menghina Islam, memfitnah, menyemai kebencian, berbohong, memutarbelit, menghina, menyebar dakyah lucah dan 1001 lagi kebejatan itu adalah Islamik??? UMNO terkapa-kapa tidak mampu menjawab soalan tersebut.

Besok adalah hari pertama Sidang DUN yang dijangka berlangsung selama tiga hari. Kalau lebih sebulan yang lalu ramai menjangkakan Sidang kali ini panas kerana pihak pembangkang buat pertama kali akan tunjuk taring berhubung isu penyelewengan yang didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Tetapi selepas jentera penerangan PAS membalas balik serangan dengan 10 projek biawak hidup tinggalan BN kepada Pakatan yang melibatkan kerugian lebih dari RM350 juta, pihak pembangkang nampaknya tidak mampu menjadi 'singa' dalam DUN mungkin sekadar jadi kucing Siam.


Isu yang dijangka dibawa oleh BN ialah kisah kerugian balak di Papua dan isu Insaniah iaitu kegagalan Insaniah keluarkan sijil untuk beberapa orang graduan, kegagalan beri kenaikan gaji 13 peratus... itu sajalah kot. Selain itu nampaknya pihak BN belum menemui senjata besar untuk menyerang kerajaan. Media-media maya BN pun nampaknya tak bermaya, asyik2 main isu lucah... tak lalulah TS nak baca, rasanya dah dua bulan tak jenguk media maya lucah BN. Selain melucah... maki hamun, menghina dan mengutuk peribadi adalah cara hidup mereka. Bagi mereka semua orang bodoh belaka (mengata pihak lawan mereka 'bodoh' menjadi zikir wajib), mereka sajalah manusia yang paling pandai di dunia ini... sekalipun mungkin tak pernah menggenggam segulung ijazah. Selain tak mampu berhujah tak mampu juga mengemukakan fakta... walau sekadar sebaris angka atau sehelai dokumen.

Bila TS benci akan golongan yang berakhlak begitu maka TS juga tak mahu blog Kedah La terikut style macam tu, sebab tu ada artikel yang TS tarik balik sehingga mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tarik balik? Sebab persoalan yang dibangkitkan bersifat peribadi yang melampau (sekalipun mungkin ada kebenaran), tak salah untuk jatuhkan musuh tapi tumpukan kepada isu dasar atau sekurang-kurangnya isu yang lebih besar.

Khabarnya pre council YB2 Pakatan untuk Sidang DUN bermula esok sedang menyediakan 'jawapan' yang paling jitu terhadap serangan yang sudah boleh dijangka akan dibuat oleh pihak pembangkang iaitu BN.


Mesyuarat Pre-Council Adun PR

Bagi TS sebaik-baik pertahanan ialah dengan menyerang! TS sudah dapat menjangka kehebatan YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berpencak nanti khususnya yang berkaitan penyelewengan di zaman BN yang berpuluh kali ganda jauh lebih besar.Selamat Bersidang para YB....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...