24 November 2012

Panas ! Adun BN Kuah Kantoi Isu " Kedah Akan Bankrap Tahun 2013 "...!!!


Dato' Amiruddin sekolahkan ADUN2 BN isu 'Bajet 2013 akan mufliskan Kedah'

ALOR SETAR - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan dalam Persidangan DUN bahawa anggaran hasil premium tanah sebanyak RM150 untuk tahun 2013 adalah munasabah.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun Amiruddin menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah hasil one off yang melibatkan tiga tempat.

Pertama, bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.

Keduanya, sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar atas sebab perundangan, kini bekas pemilik berminat untuk mendapatkannya semula. Perundingan telah berlaku dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.

Ketiga, ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran hasil premium yang tinggi.

Amiruddin turut menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Kuah) yang berkata, jangkaan hasil RM640 juta sedangkan perbelanjaan RM1.1 bilion menunjukkan defisit hampir 72 peratus. 


"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi.

Jelas Amiruddin, memang terdapat sumber hasil lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan hasil dan penyelenggaraan jalan raya, oleh kerajaan Pusat.

"Soalan ini tidak patut dibangkitkan oleh ADUN Kuah yang bukan orang baru dalam Dewan, pernah jadi Exco dahulu (masa BN)," ujar Amiruddin.

Beliau memberi contoh Bajet 2008 yang dibuat oleh kerajaan terdahulu; jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan sebanyak RM1,127 ianya tidak bermakna defisit RM643 juta.


Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...