02 Disember 2014

PEMIMPIN UMNO DALAM KETAKUTAN!!!


Jeffrey dakwa pemimpin UMNO ketakutan

Pendekatan menindas itu menyebabkan Malaysia semakin kurang kompetitif, kurang demokratik, semakin rasuah dan berpecah



KOTA KINABALU: Presiden Borneo Heritage Foundation (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa pemimpin UMNO takut kehilangan kuasa apabila membatalkan pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Katanya, ketakutan tersebut menyebabkan pemimpin terbabit sengaja mewujudkan perasaan takut terhadap orang Melayu dengan menggunakan pendekatan menindas.

“Oleh itu katanya, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan mengulangi kesilapan lalu dengan berkeras mengekal, malah memperkukuhkan lagi Akta Hasutan 1948,” dakwa beliau.

Semasa mengumumkan pembatalan pemansuhan Akta Hasutan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan pindaan mengenakan tindakan terhadap pihak yang mempersoalkan Islam, serta sebarang gesaan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

ADUN dari Bingkor itu mendakwa, pendekatan menindas itu menyebabkan Malaysia semakin kurang kompetitif, kurang demokratik, semakin rasuah dan berpecah dari segi agama dan bangsa berbanding dahulu.

Beliau juga mendakwa berlaku penjajahan dalaman di Sabah melalui program-program meMelayukan dan pengislaman, memutar belit fakta sejarah dan tidak memperdulikan janji-janji yang dibuat oleh pengasas Malaysia.

Semua ini kata Jeffrey, memaksa pihak-pihak tertentu, terutama golongan terpelajar di Borneo meminta pembubaran dan pemisahan daripada Malaysia.

Namun, beliau sedih daripada mengadakan dialog dan memahami masalah, pemimpin persekutuan sebaliknya melabel mereka sebagai pemisah.

“Dengan undang-undang menindas dan dasar berat sebelah Melayu/Islam yang diaktifkan untuk menindas masyarakat berpengetahuan tinggi Malaysia yang moden, negara ini akan semakin mundur,” katanya menggesa pemimpin mengutamakan kepentingan negara dan bertindak adil kepada semua komuniti.

Perdana Menteri katanya, perlu menjadi pemimpin untuk semua dan bukan hanya menjadi pemimpin untuk Umno jika tidak mahu dituduh memperlekehkan slogan 1Malaysia gagasannya sendiri.

Sehubungan itu, Jeffrey meminta pemimpin kebangsaan ini untuk keluar daripada pemikiran takut serta rendah diri dan mula mendengar rasa tidak puas hati, sekaligus menyelesaikan masalah.

“Ugutan dan menangkap rakyat tidak akan menyelesaikan masalah di negara ini,” katanya menambah sukar bagi Malaysia untuk maju jika penduduknya berpecah dari segi agama dan bangsa.

TAHUKAH ANDA KINI HARGA MINYAK PESAWAT HANYA AS85 SETONG!!!

Harga bahan api pesawat murah, tambang lebih rendah, kata Fernandes



Harga bahan api pesawat yang ketika ini pada AS$85 setong, bukan hanya akan mengurangkan kos operasi syarikat-syarikat penerbangan, tetapi turut membantu mereka menurunkan kadar tambang untuk mewujudkan lebih banyak permintaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes (gambar) berkata beliau percaya kos operasi kumpulan akan turun agak mendadak, dan sangat yakin terhadap prestasi keuntungan yang kukuh daripada AirAsia X pada tahun depan.

"Kos kami akan turun, sebahagiannya akan dipindahkan kepada pelanggan. Oleh itu, ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk berada dalam industri penerbangan dan memacu pertumbuhan pendapatan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian di luar pelancaran "Laporan Menghapuskan Halangan (LTB)", anjuran Kelab Perniagaan Asean (ABC) di Kuala Lumpur.

Laporan LTB merupakan usaha bersama oleh Institut Penyelidikan Asean CIMB dan ABC untuk mengenal pasti halangan yang menghalang sektor-sektor keutamaan perdagangan bebas dalam konteks Komuniti Ekonomi Asean (AEC).

Terdahulu, Fernandes berkata beliau menjangka industri penerbangan negara positif pada tahun depan, berikutan perkara paling besar selain harga minyak ialah penstrukturan semula Malaysia Airlines.

Beliau yang juga Pengerusi Forum Kelab Perniagaan Asean 2014, yakin Khazanah Nasional Bhd memberi tumpuan untuk memastikan syarikat penerbangan tersebut mencatat keuntungan.

"Jika Malaysia Airlines diuruskan dengan cara yang betul, maka saya menjangkakan sektor penerbangan yang sihat," katanya.

Fernandes berkata Malaysia Airlines, AirAsia dan AirAsia X baik untuk ekonomi, terutamanya Malaysia Airport Holdings Bhd, penyelenggaraan, pembaikan dan rombakan perniagaan serta sektor pelancongan.

"Tahun depan merupakan peluang terbaik bagi Malaysia untuk mengambil peluang dalam menjadikan Kuala Lumpur, sebagai perjalanan kos rendah Asia," katanya. – Bernama



"Mengikut kenyataan Ahmad sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya ialah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti diumumkan semalam," katanya


Putrajaya mesti tunjuk harga rujukan RON95, RON97, diesel tiap minggu, kata PKR


Putrajaya perlu menyiarkan harga rujukan bahan api secara terperinci setiap minggu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

PKR hari ini mendesak Putrajaya menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang diambil kira dalam menentukan harga pasaran Malaysia bagi bahan api tersebut.

Ini termasuk harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos lain yang berkaitan.

Katanya, hanya dengan ketelusan sebegitu, Barisan Nasional (BN) boleh mengenepikan pandangan serong rakyat yang ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia jatuh menjunam.


Setiausaha Agong PKR Rafizi Ramli berkata harga rujukan minyak mentah Brent hujung minggu lepas mencecah AS$68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah (sekitar AS$105 setong).

Manakala, harga purata minyak mentah Brent sepanjang November tahun ini ialah sekitar AS$76 setong, iaitu penurunan 27.6% daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

"Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini.

"Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza daripada itu," katanya dalam satu kenyataan.

Mulai tengah malam tadi, harga runcit RON97 diturunkan 9 sen kepada RM2.46 seliter, harga runcit RON95 turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala minyak diesel dinaikkan kepada 3 sen menjadi RM2.23 seliter.

Rafizi berkata, dengar kadar baru ditetapkan Putrajaya itu, harga RON95 turun 1.7%, RON97 turun 3.5% manakala diesel naik 1%.

"Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan BN di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia," katanya.

Beliau mendakwa keadaan itu berpunca daripada kaedah penentuan harga yang tidak telus, juga tindakan kerajaan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak.

"Bagi setiap liter RON95 contohnya, BN menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen," katanya.

Naib presiden PKR itu berkata, PKR juga menubuhkan pasukan sendiri bagi memantau harga pasaran ketiga-tiga bahan api tersebut dan memastikan harga pasaran di negara ini selari dengan harga pasaran dunia.

"PKR akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin kerajaan persekutuan pada setiap minggu bagi membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik," katanya.

Rafizi berkata, perbezaan harga yang ketara – penurunan 2% di Malaysia berbanding kejatuhan 28% hingga 35% – juga menimbulkan tanda tanya sama ada BN akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan lepas.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada 31 Oktober yang secara jelas menyebut jika harga minyak mentah dunia jatuh di bawah AS$75 setong, harga RON95 sepatutnya sekitar RM1.72 seliter.

Ahmad berkata, dalam keadaan begitu, kerajaan persekutuan boleh membuat keputusan mengenakan cukai petrol bagi mengekalkan harga yang lebih tinggi.

Rafizi berkata, pada ketika ini, harga minyak mentah dunia sudah pun berada pada paras AS$68 setong, malah, harga rujukan purata minyak mentah bulan lepas dianggarkan sekitar AS$76 setong.

"Mengikut kenyataan Ahmad sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya ialah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti diumumkan semalam," katanya.

Oleh itu, Rafizi berkata beliau akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan sementara menunggu mengadakan demonstrasi seperti yang dijadualkan pada 31 Disember ini.

01 Disember 2014

AZMIN JANGAN TUNJUK HEBAT SANGAT...ORANG KAMPUNG PUN TAHU APA ITU 'SURPLUS'



Khalid ingatkan Azmin jangan cari kesalahan orang



Selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ditangguhkan pada hari pertama 24 November lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan bangganya mengumumkan Belanjawan 2015 yang disifatkannya sebagai terbaik dari yang sebelum ini.

Kata-kata itu bukan terselindung lagi untuk beliau yang tidak sampai tiga bulan memegang jawatan Menteri Besar, cuba membandingkan perbelanjaan defisit oleh mantannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dengan mengurangkan perbelanjaan mengurus kepada RM1.29 bilion berbanding RM1.23 bilion pada zaman Abdul Khalid dan memperbanyakkan pula perbelanjaan pembangunan kepada RM1.13 bilion berbanding RM625 juta, Mohamed Azmin menganggap apa yang dilakukannya itu adalah sebenar-benar pemerintah yang menggunakan wang kerajaan secara berhemah untuk mentadbir negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu menyifatkan, apa yang dilakukannya dengan menurunkan belanja mengurus dan meningkatkan belanja pembangunan adalah langkah berani baginya untuk meletakkan Selangor pada landasan betul.

Bercakap kepada pemberita selepas membentangkan Belanjawan 2015 Selangor, Menteri Besar itu berkata, dengan meningkatkan belanja pembangunan, beliau yakin dapat membantu kesan gandaan daripada segi aktiviti pembangunan di Selangor dan meningkatkan hasil.

"Sebab itu, saya yakin hasil yang kita kutip ini jauh lebih besar dari apa yang kita anggarkan… dan ini dapat membiayai defisit belanjawan yang diumumkan itu,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan dan tindakan Mohamed Azmin itu dibalas oleh Abdul Khalid yang merasakan ada sesuatu yang tersirat cuba diterjemahkan oleh pentadbiran baharu berhubung perbelanjaan negeri dari tahun 2008 hingga 2014.

Dalam kenyataan balasnya, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata, dakwaan kononnya beliau gagal mentadbir dan menguruskan sistem kewangan kerajaan negeri adalah tidak benar sama sekali dan mempunyai unsur berniat jahat ke atasnya.

"Kenyataan (Mohamed Azmin) itu seolah-olah hendak memberi tanggapan negatif mengenai pengurusan fiskal dan kewangan ketika saya diberi tanggungjawab sebagai Datuk Menteri Besar Selangor.

"Malah, amat jelas sekali pada pandangan saya ada pihak yang tidak faham atau kurang arif mengenai amalan pengurusan kewangan yang baik, cekap dan berkesan," katanya dalam kenyataan balas kepada media.


Abdul Khalid menegaskan, walaupun pentadbiran terdahulu memohon perbekalan tambahan setiap tahun 2008, namun kerajaan Selangor sebenarnya mempunyai lebihan (surplus) berikutan hasil kerajaan negeri melebihi perbelanjaan.

Nampaknya, unsur dendam terhadap Abdul Khalid tidak pernah padam walaupun beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar dan meletakkan jawatan itu berkuatkuasa 23 September lalu.

Bermacam-macam kes dan isu dibangkitkan oleh pentadbiran baharu terhadap ADUN Pelabuhan Klang itu iaitu daripada perjanjian air Langat 2, bayaran pampasan RM2.6 juta kepada pembantunya sehingga pembinaan Lebuh Raya Kinrara - Damansara (Kidex) yang melibatkan kos RM2.42 bilion.

Pendek kata apa sahaja yang Abdul Khalid buat sepanjang hampir enam tahun menjadi Menteri Besar Selangor, dilihat sebagai wujud keraguan yang munasabah dan ada antaranya terpaksa disemak atau dikaji semula.

"Hakikatnya apa yang saya lakukan itu boleh disemak dan dipastikan semua oleh orang ramai, termasuk telah mendapat pengesahan oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Abdul Khalid berkata, walaupun kerajaan negeri memohon perbekalan tambahan setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurangan, malah semakin bertambah saban tahun.

"Dia (Mohamed Azmin) boleh sahaja merujuk kepada Penyata Kewangan Negeri yang mengesahkan Kumpulan Wang Disatukan bertambah sejak tahun 2008.

"Tambahan pula, rizab negeri menunjukkan trend meningkat walaupun perbelanjaan kerajaan negeri turut meningkat setiap tahun.

"Ini menunjukkan jumlah rizab yang tinggi tidak pernah dijadikan justifikasi untuk kerajaan negeri berbelanja lebih di luar keperluan atau kemampuan atau memohon belanja tambahan," katanya.

Ini juga, jelas beliau, membuktikan pengurusan hasil dan pendapatan yang cekap oleh kerajaan negeri pimpinannya sebelum ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2015 Selangor itu, Mohamed Azmin mengumumkan anggaran perbelanjaan negeri tahun depan berjumlah RM2.42 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan.

Jumlah itu adalah yang terbanyak berbanding perbelanjaan di bawah Abdul Khalid tahun lalu sebanyak RM1.85 bilion.

Menurut Abdul Khalid, jika disemak semula semua data belanjawan 2009 hingga 2014, adalah jelas perbekalan tambahan hanya dipohon setelah kerajaan ketika itu berjaya meningkatkan pendapatan yang dijana melalui pertumbuhan ekonomi mampan dan perbelanjaan berhemah.

Katanya, adalah terpesong sama sekali dakwaan bahawa Selangor mengalami belanjawan defisit sejak 2008 dan harus diingatkan juga kemewahan yang dinikmati Selangor pada belanjawan 2015 adalah hasil pendekatan berhemah yang diambil daripada pentadbiran terdahulu.

"Tetapi amatlah tidak bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ini untuk mencari justifikasi belanjawan defisit dengan memutar belit fakta yang boleh disanggah dengan senang oleh bukti-bukti dalam laporan kewangan dan audit," katanya. - MalaysiaGazette

TERKINI: RINGGIT HAMPIRI PARAS TERBURUK SEJAK JUN 1998

Ringgit hampiri paras terburuk sejak Jun 1998

EKONOMI,  OLEH BLOOMBERG



Mata wang ringgit bergerak ke arah trend penurunan terbesar dalam sejarah sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 sekali gus menyebabkan kerugian kepada pasaran berkembang pantas berikutan kebimbangan berlarutan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak ini.

Ringgit lemah sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding AS$1 pada jam 10.38 pagi tadi.

Menurut data yang dikumpul Bloomberg, nilai Ringgit merosot sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh dua hari, penurunan terburuk sejak Jun 1998, sebelum Malaysia mengamalkan tambatan ringgit yang kekal sehingga 2005.

Harga minyak mentah Brent susut 2.3 peratus hari ini, paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun selepas OPEC membuat keputusan untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi tujuan melonjakkan harga.

Kehilangan potensi pendapatan menyukarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNk) berbanding 3.5 peratus tahun ini.

“Malaysia merupakan negara Asia yang paling terjejas akibat penurunan harga minyak.

Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini, kata Pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji.

Bekas bos KFC nafi tawar RM100j bagi pihak Anwar Sebaliknya Ada Orang Tengah Untuk Pujuk Anwar Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Hanifah


Bekas bos KFC nafi tawar RM100j bagi pihak Anwar


Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pusat.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati “orang tengah” Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah.

“Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu),” katanya.

Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...