19 November 2014

GAMBAR-GAMBAR KAPAL TLDM ( KD PERANTAU) YANG HAMPIR TENGGELAM MULA TERSEBAR!!!!



TLDM: Kapal KD Perantau hampir tenggelam

SHAH ALAM - KD Perantau, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir tenggelam ketika menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak malam tadi.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM.

"Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya TLDM dalam kenyataannya, hari ini.

Kapal itu merupakan kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

KD Perantau itu juga telah diserahkan kepada BNSSB untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal terbabit dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Dalam pada itu, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku.

"Ia adalah sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit," katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian. ~SH







BELANJAWAN KEDAH : PEMBANGKANG PERTIKAI DANA 6 PROJEK MEGA




Siapa biaya projek mega?

Ketua Pembangkang Dun Kedah yang juga Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (kiri) berbincang sesuatu bersama Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahaya.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah digesa memperjelaskan sama ada enam projek mega yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), dibiayai sendiri atau pelaksanaannya kelak bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada Pusat.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, projek mega yang digariskan itu perlukan modal yang besar, dan adakah kerajaan negeri berhasrat menjalin kerjasama dengan pihak swasta melalui Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam memastikan perancangan itu direalisasikan.

“Peruntukan untuk melaksanakan enam projek itu tidak disebut dalam bajet, bermakna ia hanya perancangan masa depan. Mohon perincikan setiap projek sama ada guna peruntukan negeri atau Pusat berikutan ekonomi sekarang kurang memberangsangkan,” katanya, ketika sesi perbahasan Bajet 2015, semalam.

Enam projek itu ialah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah.

Amiruddin turut mencadangkan agar kerajaan negeri tidak ketepikan projek mikro, apabila menggariskan projek makro, dan memberi tumpuan kepada projek yang memberi kesan secara langsung kepada penduduk, seperti memproses hasil tanaman.

Beliau turut mempersoal status Projek Tebatan Banjir (PTB) Kampung Bohor ke Tandop Keloncong sejauh 12.6 kilometer di lencongan Sungai Baru.

“Projek ini ditawarkan kepada kontraktor Januari lalu, sudah hampir setahun namun kemajuannya sangat perlahan. Sepatutnya kemajuan projek cecah 50 peratus tetapi sekarang tidak sampai 1 peratus kerja-kerja dilakukan,” katanya.

Berikutan itu, Amiruddin mohon agar projek itu dinilai semula selain mahukan penjelasan status projek sama ada masih dalam rundingan atau batal. ~SH

PANAS! POLIS CEDERA DITUMBUK POLIS DI IPOH

Gambar Khiasan

Polis cedera ditumbuk polis




Seorang pegawai polis yang mengetuai unit integriti di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak ditumbuk oleh seorang anggota polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Ipoh, petang Sabtu lalu.

China Press melaporkan, kejadian itu dipercayai berlaku selepas anggota polis tersebut tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan tatatertib oleh mangsa yang merupakan pegawai unit integriti.

Mangsa telah membuat laporan polis setelah dicederakan, tetapi suspek turut membuat laporan dengan versi berlainan.

Anggota polis yang kini merupakan suspek itu mendakwa dia menumbuk pegawai atasan kerana marah selepas mangsa menunjukkan isyarat kurang sopan menggunakan jari.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai rekod disiplin, malahan pernah ditukar dan digantung kerja.

Difahamkan suspek telah menumbuk bahagian muka pegawai atasan sehingga mencederakan bahagian mata mangsa.

Suspek dikatakan turut mencabar mangsa supaya bertarung di luar restoran, namun pegawai unit integriti itu tidak menyahut cabaran tersebut kerana telah cedera di bahagian mata.

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menyiasat kes polis tumbuk polis tersebut.

16 November 2014

TERPANAS! PUTIN KE AUSTRALIA BERSAMA KAPAL PERANG, PM AUSTRALIA BENGANG!!!

Marshal Shaposhnikov


Putin Datang Ditemani Kapal Perang, PM Australia Meradang

Brisbane - Perdana Menteri Australia Tony Abbott meradang gara-gara Presiden Rusia Vladimir Putin yang datang ke puncak mesyuarat G-20 di Brisbane ditemani sejumlah kapal perangnya. Menurut Abbot tindakan itu berusaha untuk mengembalikan kejayaan Kesatuan Soviet yang sudah menjadi kenangan.

Mesyuarat Abbott dengan Putin di G-20 akan menjadi panas kerana masalah tewasnya 27 penumpang Australia dalam musibah jatuhnya penerbangan MH 17 di Ukraine yang ditembak oleh pasukan pemberontak Ukraine sokongan Rusia.


PM Australia Tony Abbott dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Pada Kamis (12/11), Abbot bahkan menyatakan akan menghadapi Putin secara terang-terangan. Rupanya khabar ini sampai ke telinga Putin sehingga ia membawa kapal perang yang dilabuhkan di pantai timur laut. 

Selain itu diberitakan Rusia menganggap Australia sebagai saingan utama dalam perdagangan dunia. Kedua negara mempunyai komoditi gas dan pertanian yang sangat besar. Kedatangan kapal perang ini merupakan isyarat Putin bahawa ia tidak takut menghadapi Australia.

Perang dingin antara Abbot dengan Putin dikhuatiri akan membelokan agenda utama perbahasan G-20 seputar usaha-usaha untuk menumbuhkan ekonomi dunia. Namun Abbot menyatakan akan meredam konflik tersebut guna mencapai tujuan mesyuarat G-20.

Sebelum Putin mendarat di Brisbane pada Jumaat malam, empat kapal perang Rusia lebih dulu berlabuh di pantai timur laut Australia. Australia langsung bertindak balas dengan menghantar tiga kapal perang ke kawasan tersebut untuk menyaksikan beliau.


Penulis: Andres Fatubun / AF ~SUMBER


LAGI BERITA YANG VIRAL DI FB.....

Yang nak pergi bercuti di Australia tu minta tangguhkan dulu.... sbb Australia diancam perang. Yg plg best sekali askar-askar Australia tidak seorang pun berani respon atau membalas bedilan dari kapal perang Russia. Terbaik.....


http://mobile.news.com.au/…/th…/story-fncynjr2-1227122396768
https://au.news.yahoo.com/…/russian-warships-bearing-down-…/
http://mobile.abc.net.au/…/carr-russias-sea-cruise-…/5888494





MH 17
Terkini, beberapa hari lepas Russia telah mengeluarkan satu rakaman video satelit menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukrain menembah jatuh MH17 di sempadan Ukrain dan Russia.

1. Selepas video tersebut dikeluarkan, maka jelaslah Ukrain adalah pesalah dan pelaku jenayah dalam insiden MH17.

2. Ukrain memang ada banyak sejarah silam buat kerja jahat, baling batu sembunyi tangan. Maklumlah negara pro-yahudi kuat. Presiden mereka awal-awal lagi dah angkat kaki.

3. Terkini, Vladimir Putin dalam sidang G20 telah memberi amaran jika Kesatuan Eropah meneruskan sekatan ke atas mereka, ia mungkin mengakibatkan 'backfire' ke atas EU dan Ukrain serta sekutu US.

4. Sebanyak 4 buah vessel perang milik Russia dilaporkan berkawal disekitar perairan utara Australia sebagai langkah keselamatan ke atas Presiden mereka, Putin.

5. Namun berita tersebut tidak dilaporkan dalam mana-mana berita berhaluan kiri setakat ini. Berita tersebut hanya dilaporkan di media pro-US dan media Aussie shj stkt ini sebagai medium propaganda anti-Russia. ~BK


Pautan kekal imej terbenam



Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.

Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini.


G20: Amerika Syarikat, Australia, Jepun bidas Rusia dalam isu MH17 ~LAPORAN ASTRO

AFP |Kemas kini:November 16, 2014



AS, Australia dan Jepun menggesa Rusia untuk menghentikan campur tangan dalam isu Ukraine selain menuntut keadilan bagi mangsa tragedi MH17.

BRISBANE: Amerika Syarikat, Australia dan Jepun membidas Rusia serta menggesanya agar menghentikan campur tangan dalam isu Ukraine.

Ketiga-tiga negara itu juga turut menuntut keadilan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia.

Pemimpin ketiga-tiga negara itu berkata mereka bersatu di dalam "menentang penaklukan Crimea dan tindakan yang menjejaskan kestabilan timur Ukraine.

Mereka juga menuntut dalang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Seruan itu dibuat di dalam satu kenyataan selepas perbincangan tiga penjuru antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott; dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika sidang kemuncak G20 di Australia.

Sidang kemuncak itu dihujani pertikaian antara pemimpin Barat termasuk Obama dan Abbott dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung isu Ukraine dan tragedi MH17 pada Julai.

Pihak Barat mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Rusia.

Pihak Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Ekoran pertelingkahan itu, Putin dilapor merancang untuk meninggalkan sidang kemuncak G20 lebih awal pada Ahad, namun dinafikan Kremlin.

CAMERON HIGHLANDS, WAKIL RAKYAT KENA TIBAI TERUK!!!


Camaron Highlands: Mana Palanivel 'hilang' ? - Vell Paari


G. Palanivel

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel didesak supaya bangkit dari terus mendiamkan diri daripada memberi penjelasan mengenai masalah kebanjiran warga asing dan penerokaan tanah secara haram di kawasannya.

Pengerusi Strategik MIC, Datuk Seri S.Vell Paari berkata, sikap Presiden MIC itu yang seolah-olah membisu seribu bahasa mencetuskan persoalan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Di manakah 'hilangnya' Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar? Beliau perlu menjelaskan isu kebanjiran warga asing dan pencemaran alam sekitar di pusat peranginan berkenaan sehingga berlaku insiden banjir lumpur.

"Beliau juga perlu memberi penjelasan meyakinkan dalam isu berkenaan dengan mengemukakan laporan," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Selain daripada kebanjiran warga asing, Camaron Hoghland turut dirundung masalah penerokaan tanah secara haram turut yang menyebabkan banjir lunpur pada minggu lalu.

MalaysiaGazette difahamkan pengundi di Cameron Highlands kini marah dengan Palanivel kerana wakil rakyat itu didakwa tidak pernah melawat dan mendengar masalah setempat penduduk di situ sejak menang kerusi Parlimen kawasan tersebut.

"Palanivel sepatutnya bersikap proaktif dan berganding bahu dengan kepimpinan kerajaan negeri Pahang supaya mereka tidak terkapai-kapai keseorangan dalam menangani masalah yang dihadapi di kawasan tersebut. Bukankah Palanivel begitu beria-ia mahu bertanding di situ sebelum ini? Mahu memperjuangkan nasib di kawasan itu," Vell Paari.

Beliau turut mempersoalkan sikap Palanivel yang suka mendiamkan diri dan lebih gemar bercakap tentang perkara-perkara lain jika sesuatu masalah timbul di kawasan Parlimennya.

Sementara itu, Vell Paari berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap pesalah yang terlibat dalam penerokaan tanah, pembalakan haram dan pembuangan sampah sehingga mengakibatkan bencana alam di Cameron Highlands.

"Pihak bertanggungjawab perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dan langkah menubuhkan satu jawatankuasa khas oleh kerajaan adalah keputusan yang tepat. Kita tidak boleh lepas tangan dan membiarkan pihak bertanggungjawab terlepas begitu sahaja. Heretlah yang bersalah ini ke muka pengadilan," ujarnya. - MalaysiaGazette
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...