27 Mei 2014

ANUAR PERTIKAI PEMILIHAN PRESIDEN FAM


Pemilihan FAM ikut pelan urusetia yang mengaturnya - Annuar Musa



Annuar Musa

Penasihat Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan pemilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam "telah berjalan mengikut pelan urusetia yang mengaturnya."

Beliau yang sedang menjalani pergantungan oleh FAM selama tiga tahun dilihat sebagai diantara yang paling kuat menyokong pencalonan Tunku Mahkota Johor merebut jawatan Presiden FAM.

Di dalam pemilihan jawatan Presiden FAM semalam, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas memperolehi 27 undi berbanding hanya 12 oleh Tunku Mahkota Johor itu.

"Pimpinan FAM sudah dipilih. Yang menang adalah seperti mana yang disusun cantik dalam media 'orang yang lebih baik', ' orang yang lebih berpengalaman', ' berjawatan dalam bola antarabangsa'..."

"Tepat seperti ramalan TMJ dan seperti biasa segala-galanya mengikut pelan urusetia yang mengaturnya sejak pencalonan," katanya di dalam laman Facebook beliau hari ini.

Pola pengundian semalam juga katanya perlu dianalisa dengam enam atau tujuh negeri yang menyokong TMJ semalam adalah negeri yang sudah atau baru sahaja mengalami pertukaran kepimpinan dan sedang menuju perubahan dan kemajuan.

Manakala enam atau tujuh negeri yang menyokong Tengku Mahkota Pahang pula adalah negeri "orang lama" dengan sistem lama yang sebahagian daripadanya dipilih kerana "pangkat dan kedudukan" dan kebetulan sebahagiannya sedang mengalami kejatuhan atau relegasi.

"Yang memenangkan Tengku Mahkota Pahang adalah persatuan bukan negeri yang kebetulannya "berstatus quo" yang sebahagiannya lama, statik dan tiada kemajuan," menurut Annuar.

Kedatangan gagasan TMJ katanya disifatkan terlalu bagi awal bagi kelompok status quo.

Tunku Ismail menurutnya, juga menerima kesan daripada apa yang disifatkannya sebagai "impak negatif" daripada imej beliau yang cuba dipaparkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai peminat bolasepak negara kata, semua pihak mengharapkan bolasepak negara akan maju kehadapan dan akur dengan keputusan yang dibuat semalam.

26 Mei 2014

PANAS! RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA PIHAK POLIS DI LANGKAWI - LAPORAN DARI PEGAWAI KANAN POLIS DIDEDAHKAN !!!

MyWatch dedah salah laku Ketua Polis Daerah Langkawi

Pihak MyWatch telah menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang ingin identitinya dirahsiakan.




PETALING JAYA: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa bahawa Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

Menurutnya, beliau mendedahkan perkara ini setelah pihaknya iaitu MyWatch menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang identitinya dirahsiakan.

Jelasnya, kes pertama iaitu serbuan ke atas pusat hiburan, Supt Harrith telah mengarahkan supaya kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (NFA) atas alasan pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan.

“Tujuan Supt Harrith berbuat demikian adalah bagi melindungi tauke pusat hiburan tersebut yang bernama Nicky Tan Peng Chun kerana Nicky Tan Peng Chun merupakan anak kepada Lai San, iaitu sindiket loteri haram di Langkawi.

“Kini, terdapat lima sindiket loteri haram di Langkawi yang membayar wang perlindungan secara bulanan kepada Supt Harrith dengan cara menyerahkan sendiri wang di rumah beliau di Kuarters Ketua Polis Daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Bagi kes kedua pula berkenaan tangkapan dua orang lelaki berbangsa Cina, iaitu Cheong Chun Leng dan Choong Kwong Wing. Dua lelaki berbangsa Cina itu disyaki telah melindungi 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar.

“Supt Harrith telah campur tangan dalam penyiasatan kes ini sehinggakan dua lelaki berbangsa Cina ini diberi jaminan dalam tempoh 24 jam dari waktu tangkapan, sedangkan kes ini belum lagi disiasat.

“Dua orang lelaki Cina ini telah membuat pengakuan kepada orang awam dan kepada pegawai polis lain bahawa mereka telah memberi suapan kepada Supt Harrith dengan wang sebanyak RM15,000,” ujarnya.

Sehubungan itu, Sanjeevan yang mewakili pihak MyWatch mendesak agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala rasuah dan salahlaku Supt Harrith dan sepanjang siasatan dijalankan, Supt Harrith haruslah diberi cuti sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sanjeevan turut menjelaskan bahawa isu ini telah diadukan beberapa kali kepada Ketua Polis Kedah, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut yang diambil.

“Adalah lebih baik sekiranya satu Pasukan Khas diwujudkan bagi menyiasat rasuah dan salahlaku Ketua Polis Daerah Langkawi ini, dan dalam masa yang sama turut menyiasat Ketua Polis Kedah sekiranya beliau terlibat dalam dua kes yang dinyatakan ini.

“Dalam pada masa yang sama, Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) juga harus ditubuhkan segera untuk menyiasat segala rasuah dan salahlaku dalam PDRM,” katanya.

Jelasnya, pihak MyWatch sedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malah pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerja sama dengan pihak SPRM.

“MyWatch sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malahan pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerjasama dengan SPRM untuk memberikan lebih maklumat yang diperlukan kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PDRM,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah memberi amaran keras kepada semua pegawai-pegawainya agar tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri Kedah.

Menurutnya juga, pihaknya sendiri sentiasa melakukan operasi bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri Kedah seperti kegiatan judi haram ini.

“Kita sentiasa melakukan operasi dari masa ke semasa, dan sentiasa melakukan tangkapan terutama apabila melibatkan perniagaan judi seperti perniagaan judi internet, judi di mesin judi, ataupun pelbagai jenis judi lagi,” katanya sewaktu dihubungi oleh wartawan FMT.

Ahmad berkata demikian bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan berhubung dakwaaan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah yang dikatakan telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

Kata Ahmad lagi, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Sanjeevan dan Ahmad turut menjelaskan bahawa prosedur yang sama juga akan dilakukan bagi menyiasat pegawai tersebut.

“Sebelum Sanjeevan menyerahkan dokumen atau membuat sebarang pendedahan kepada awam, pihak polis terlebih dahulu telah mengambil tindakan dan sekiranya perlu, kita akan serahkan pegawai tersebut kepada jabatan lain untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

“Tujuan kita menyerahkan pegawai tersebut kepada jabatan lain adalah bagi mengelakkan tanggapan negatif yang mengatakan pihak polis melindungi pegawainya atas kepentingan-kepentingan tertentu,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau tidak menafikan bahawa pihaknya sendiri menerima banyak laporan daripada pihak MyWatch.

“Laporan yang dihantar oleh Sanjeevan kebanyakkannya telah selesai. Tidak perlu rasanya untuk saya melaporkan kepada Sanjeevan apabila kes tersebut telah selesai kerana Sanjeevan bukannya pegawai polis saya,” katanya.

Ujarnya lagi, membanteras jenayah, rasuah dan salah laku ini bukannya sesuatu yang baru, kerana pihaknya sejak dulu lagi akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana perkara salah laku di negeri tersebut.

“Ini bukannya sesuatu yang baru, kerana kita sentiasa bekerja keras bagi menangani jenayah dan salah laku di negeri ini,” katanya.

PANAS! PUNCA MCA TAKUT BERTANDING DI PRK BUKIT GELUGOR...TAKUT HILANG DEPOSIT RUPANYA !!!


Ramkarpal Menang Besar, Yang Lain Semua Hilang Deposit


Rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas. 

Ketiga-tiga calon itu hilang deposit mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi. Huan sekadar meraih 3,583 manakala Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi

Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo turut bersamanya.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 798
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.



25 Mei 2014

BETUL KE BANYAK COKLAT IMPOT DI LANGKAWI TIDAK HALAL?

Lagi Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars Juga Didakwa Positif DNA Babi
.

Hari ini tersebar dilaman sosial dan whatsapp beberapa jenama coklat yang lain selain Cadbury yang dikesan mengandungi DNA Khinzir.

 Menurut gambar yang tersebar, Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars Juga Didakwa Positif DNA Babi. Walau bagaimanapun, sumber ini belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesemua jenama coklat tersebut dinyatakan tidak mempunyai logo halal.

PROSES PENGUNDIAN LANCAR APABILA BN TIDAK BERTANDING!!!



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sepasukan besar anggota beruniform bersiap sedia seawal pukul 6 pagi untuk mengawal keadaan Pilihan Raya Kecil PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

Beliau menyifatkan proses pembuangan undi yang telah bermula seawal pukul 8 pagi tadi berjalan lancar dan aman tanpa sebarang masalah.

" Kita bersiap sedia dengan kekuatan polis yang ramai sempena pemilihan hari ini dan seawal 6 pagi mereka mula mengawal aliran trafik serta 17 pusat daerah mengundi di Parlimen Bukit Gelugor.

"Unit pemantauan udara PDRM sejak hari penamaan calon 12 Mei lalu hingga tamat pemilihan hari ini akan melakukan rondaan di udara bagi memantau proses mengundi tidak terjejas dengan insiden buruk selain menjamin keselamatan pengundi," ujar beliau kepada pemberita selepas melawat PDM Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd. Nor Ahmad di Taman Tun Sardon Gelugor di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khasnya pengundi supaya keluar mengundi secara bergilir gilir dan awal untuk mengelak kesesakan.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan trafik sepanjang proses PRK hari ini bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...