05 April 2015

TEGURAN TUN M BUAT NAJIB KEPANASAN?

BR1M satu kesilapan besar oleh kerajaan - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

Bercakap dalam sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu, katanya pemberian wang tersebut adalah salah.

"Kerajaan merasakan jika kamu beri wang kepada rakyat, mereka akan sokong kamu... ini salah.

"Pemberian BR1M adalah salah dan ia merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir pada forum Global Leadership Series hari ini.

Katanya jika kerajaan mula memberi wang kepada rakyat, mereka akan jadi terlalu berharap kepada kerajaan dan menjadi materialistik.

Tambah Dr Mahathir lagi, tindakan ini jugak akan memberi kesan buruk kepada masa depan kerajaan yang memerintah.

Read more at:SINI



22 tahun sudah untuk Tun M.. Kini berilah Najib masa untuk tadbir negara..


Penganalisis ekonomi menjangkakan Malaysia akan mempunyai pertumbuhan KDNK sekurang-kurangnya 4.5% pada tahun ini dan dijangka akan terus meningkat lebih tinggi pada 2016.

Hakikatnya, 4.5% adalah sangat jumlah yang amat baik berbanding dengan kebanyakan negara di ASEAN dan sememangnya suatu prestasi yang mengagumkan.

Malah, Malaysia baru sahaja mengalami pertumbuhan KDNK 6% yang cemerlang pada tahun 2014 – dan salah satu yang tertinggi bukan sahaja di Asia tetapi seluruh dunia – hanya tewas kepada China. Jualan kereta juga terus memecahkan rekod saban tahun, satu indikasi ekonomi yang amat baik.

Bercakap mengenai aspek mata wang pula, Ringgit Malaysia (RM) merupakan mata wang Asia berprestasi terbaik pada tahun-tahun 2010 dan 2011 apabila harga minyak melonjak.

Namun, mata wang ringgit sedikit terjejas pada kebelakangan ini gara-gara penurunan drastik harga minyak pada tahun 2014/15.

Bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa penurunan mata wang negara bukanlah akibat susut nilai; ia berpunca daripada permintaan tinggi terhadap Dolar Amerika berbanding RM.

Malah, mata wang Malaysia sebenarnya jauh lebih kukuh daripada banyak negara-negara lain yang mengalami susut nilai mata wang.

Sebagai contoh, Ruble Rusia, Brazil Real, Rand Afrika Selatan, Euro (yang terdiri daripada 20 buah negara), dolar Kanada, Dolar Australia dan Yen Jepun telah benar-benar jatuh merundum berbanding Ringgit Malaysia sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun, oleh kerana penurunan mendadak harga minyak telah menjejaskan nilai RM, lebihan perdagangan Malaysia telah meningkat dengan kukuh untuk 3 bulan yang lalu bermula dari bulan November, Disember dan Januari.

Dakwaan Tun Mahathir bahawa USD1 bernilai RM3.80 juga tidak tepat, kerana nilai sebenar adalah RM3.70; jauh lebih rendah dan stabil berbanding nilai paling rendah sebanyak RM4.83 sebelum ini.

Baris berikut yang digelapkan (bold) adalah dari blog Tun Mahathir;

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

(PMO perlu mengemukakan jawapan yang konkrit mengenai urusan sewa beli melalui sebuah syarikat swasta – sama ada kerana ia termasuk dengan penyelenggaraan atau syarikat yang telah dilantik sebagai agen dan rakan kongsi kepada penjual.)

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

BR1M adalah bantuan yang disasarkan kepada Rakyat yang paling memerlukan bantuan dan bukannya subsidi yang tidak cekap yang memberi manfaat kepada lebih kaya.

Pemindahan wang tunai langsung seperti BR1M kepada golongan berpendapatan rendah telah terbukti berkesan di negara-negara dan di tempat di Amerika Syarikat, Singapura, Brazil, Mexico, Indonesia dan banyak negara lain.

Ia juga telah terbukti menjadi alat yang berkesan untuk membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dengan memindahkan lebihan kekayaan negara kepada golongan yang berpendapatan rendah daripada golongan berpendapatan lebih tinggi.

Selain daripada memansuhkan keperluan Bumiputera untuk sub-seksyen kecil perkhidmatan dalam perolehan kerajaan dan juga menghapuskan keperluan 30% pegangan bumiputera bagi penyenaraian syarikat baru di bursa saham untuk menggalakkan lebih banyak penyenaraian, kita dapat mengatakan bahawa Najib sememangnya tidak mengketepikan DEB kerana terlalu banyak aspek lain masih dikekalkan.

Majoriti DEB masih ada termasuk keutamaan tender kerajaan, perolehan Petronas, diskaun ke atas perumahan dan lain-lain.

Malah, Najib juga membuat langkah-langkah untuk “Memperkasakan Ekonomi Bumiputera”.

Bagi pengundi Cina, ramai ‘termakan’ dengan pembohongan berterusan DAP dan propaganda termasuk tuduhan 40 ribu pengundi hantu Bangladesh, insiden ‘blackout’ dan juga oleh pembohongan DAP bahawa PAS tidak lagi akan melaksanakan hudud.

Namun kini, kian ramai orang Cina telah menyedari bahawa pucuk kepimpinan Pakatan Rakyat kian lemah setelah satu demi satu tipu helah DAP terbongkar, dijangkakan BN akan menang besar lagi pada pilihanraya umum akan datang.

Tun M juga perlu faham bahawa penglibatan terbuka beliau dengan PERKASA sebelum pilihan raya umum ke-13 juga telah menyebabkan BN kehilangan banyak undi daripada golongan Cina.Tun M perlu menahan diri daripada melakukan perkara ini lagi di masa akan datang jika mahu lihat BN memenangi semula sokongan kaum Cina.

(Blog Tun Mahathir)

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

Walaupun Tun M masih setia kepada parti tetapi mungkin cara yang lebih baik untuk menyampaikan rasa tidak puas hati anda adalah bukan dengan membuat parti anda sendiri kelihatan lemah dengan terus melancarkan serangan peribadi terhadap Najib.

‘Serangan’ yang terdahulu terdahulu itu telah terbukti merosakkan pilihan raya umum ke-12 dan UMNO hilang banyak kerusi dan menjadi lemah. Dan sila ingat bahawa tanpa serangan anda, UMNO sebenarnya memenangi tambahan 9 kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya umum ke-12- yang menunjukkan bahawa Najib akan terus meraih sokongan majoriti jika beliau tidak terus diserang oleh anda.

Tidak ada yang mendakwa Tun M telah nyanyuk tetapi beliau telahpun melalui zaman beliau setelah 22 tahun duduk di kerusi Perdana Menteri.

Najib memahami bahawa kunci kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 adalah dengan membuktikan bahawa beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan untuk bangsa Melayu sahaja. Pengundi bukan Melayu daripada Sabah dan Sarawak juga penting kerana tanpa mereka, BN tidak akan terus memerintah hingga kini.

Saya akhiri ini dengan memetik kata-kata YB James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak.

“Jangan campur tangan terlalu awal,” kata Masing. “Berikanlah Najib lebih banyak masa untuk membuktikan dirinya.”

“Lagipun Mahathir menghadapi banyak kritikan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, tetapi akhirnya dia berjaya melakukan kerja yang baik dan membuktikan pengkritik beliau salah.”

Sekadar mengulangi petikan kata-kata James Masing tadi, Najib perlu diberi masa yang secukupnya. “Perdana Menteri telah mengarahkan audit dilakukan keatas 1MDB. Beri Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara lakukan tugas mereka. ”

Kekuatan mana-mana organisasi yang berengsel pada perpaduan.

“Ahli-ahli bersatu teguh bersama. Kritikan dalam sesebuah organisasi hanya boleh diterima jika ia bertujuan untuk memberi manfaat, tetapi tidak untuk menjatuhkan pemimpin.”-MYNEWSHUB.CC

1 ulasan:

Unknown berkata...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI WOWO BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI WOWO DI 085-328-880-180 ATAU KLIK DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...