06 April 2015

Siapa 'wanita misteri' Kyrgystan dalam heli?



Siapa 'wanita misteri' Kyrgystan dalam heli?



Spekulasi muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu.

Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporan The Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang.

Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabut malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Spekulasi menyebut bahawa beliau pembantu juruterbang tetapi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu.


Menteri: Pekerja syarikat penerbangan

Dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu.

Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Punca nahas masih disiasat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini turut mengulas mengenai identiti Aidana yang menimbulkan tanda tanya.

Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang, lapor Bernama. ~SUMBER



Nahas Helikopter: Ahli Keluarga Tuntut Mayat Aidana




Gadis yang dipercayai adik Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

SEORANG ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi menuntut mayat wanita tersebut.

Gadis yang dipercayai adik Aidana itu turut mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat.

Dia hadir di bilik mayat ditemai seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Aidana merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu.

Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan bekerja di Malaysia.

“Rekod menunjukkan dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun,” katanya.

Nahas tersebut mengorbankan kesemua enam penumpangnya termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit perdana menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Dato’ Tan Huat Seang, pengawal Jamaluddin, Razakan Seran dan juruterbang, Kapten Clifford William Fournier. – MYNEWSHUB.CC

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes Negeri goheqGoSTAN star sudah bermula. STAN lagi. yang mati MELETUP kat Malaysia semua dari Negara STAN STAN. Silap Haribulan Negara2 Stan Stan ni jadi Anti Malaysia Plak...!

prediksi sgp berkata...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI WOWO BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI WOWO DI 085-328-880-180 ATAU KLIK DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...