07 April 2015

PANAS! SEKUTU BN DEDAH TEMBELANG TUN M SELEPAS GASAK NAJIB


Dr M Enggan Letak Jawatan Semasa Jadi PM - Ongkili



Dr Maximus Ongkili.

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) Sabah membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baharu-baharu ini.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Dr Mahathir amat dihormati kerana sumbangannya kepada negara tetapi bekas perdana menteri itu perlu mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mendesak Najib untuk meletak jawatan.

"Mungkin Mahathir telah lupa... semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau turut diminta untuk letak jawatan beberapa kali tetapi dia berkeras," kata Dr Maximus selepas merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tahunan PBS Mukim Ulu Bengkoka di Kota Marudu pada Isnin.

Beliau berkata PBS antara yang pernah meminta Dr Mahathir untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri kira-kira 20 tahun lalu kerana parti itu menyalahkan beliau yang didakwa membenarkan pendatang haram untuk mendapatkan kerakyatan di Sabah.

"Beliau mengabaikan desakan kami. Hari ini beliau mengakui wujud Projek IC dan tiada apa yang salah dalam memberikan kerakyatan kepada pendatang semata-mata kerana mereka berada di Sabah untuk tempoh yang lama dan mempunyai saudara mara di sini."Oleh itu, Projek IC wujud untuk memberikan kerakyatan kepada golongan ini, mengabaikan peraturan dan undang-undang mengenai kewarganegaraan dan kelayakan," kata Dr Maximus.

Beliau berkata PBS sentiasa menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pengkhianatan.


"Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tetapi ia membuktikan dakwaan PBS terhadap Mahathir adalah benar selama ini," katanya. ~Laporan Mstar

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahli politik Sabah x payah dengar temberang dia org. semua ni kaki auta dan lalang. senang kena beli.

aku berkata...

Tun telah membangunkan negara ini dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri. Banyak peluang2 pekerjaan diwujudkan sehinggakan Malaysia menjadi lambakan pekerja dari Bangladesh, Indonesia dsbnya.DS Najid tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan 1MDB yang bermasalah, GST yang semua rakyat marhaen terbeban.

aku berkata...

Tun telah membangunkan negara ini dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri. Banyak peluang2 pekerjaan diwujudkan sehinggakan Malaysia menjadi lambakan pekerja dari Bangladesh, Indonesia dsbnya.DS Najid tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan 1MDB yang bermasalah, GST yang semua rakyat marhaen terbeban.

agathos y daimon berkata...

betul jasa dan sumbangan tun dr m amat byk kepada malaysia dan mewujudkan sekitaran aman,damai dan makmur.najib hanya undang masaalah dan musibah

Tanpa Nama berkata...

banyak jugak masalah yang ditinggalkan

orang yang banyak tak puas hati dengan hukum hukum ugama Islam

masalah moral habih telondeh

Tanpa Nama berkata...

APA lagi KPN dh terbukti Projek ic benar benar ujud.bukak file la klu kau Berani.SPRM @ SPERM Umngok siasat klu Berani.

Tanpa Nama berkata...

Jaga Jaya Mamak pembelit ni.Banyak kerosakan ya día lakukan Dulut api tak pernah mengaku.Macai2 dia banyak.

Tanpa Nama berkata...

TOLONGLAH MANSUHKAN GST....TOLONAH WAHAI KERAJAAN...TAK TAHAN DENGAN SEMUA HARGA BARANG YANG NAIK MENGGILA....AIR MINERAL PUN KENA GST...BISKUT PUN KENA GST....JANGANLAH ZALIM SANGAT...TOLONGLAH...NAK BELI PAMPERS ANAK LAGI..TOLONGLAH....MANSUHKAN GST....AKU SEMAKIN TERTEKAN WAHAI PARA PEMIMPIN...

Tanpa Nama berkata...

Hampa semua tak tau besyukoq. Tu la belajaq bodo time sekolah mak pak suh pi skolah hampa ponteng paihtu bila keja despatch gaji kecik hampa menyalak bila kena gst. Yg hampa dulu bodo time skolah hampa tanak mengaku

Tanpa Nama berkata...

bagi aku tak sokong sape2 mereka ada rahsia disbalik kepentingan diri sendiri..dn mereka2 juga ada sangkut paut untuk menutup .....

Tanpa Nama berkata...

Jgn sombong dn takbur bro..bersyukurlah klau dulu bro pndai di sekolah...dlm kubur nnnti x ditanya bro pndai disekolah atau tidak..

Tanpa Nama berkata...

Mamak pembelit ni pandai...dia dah jawab dulu sebelum nak londehkan perbuatannya yang lalu.

Unknown berkata...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI WOWO BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI WOWO DI 085-328-880-180 ATAU KLIK DI SINI

Tanpa Nama berkata...

Ye la.. ko je la yg tau bersyukur... ko je la yg pandai... mcm la ko tu bagus sgt!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...