24 Mac 2015

BERITA GEMPAR DARI JAWATANKUASA PUSAT DAP

Keputusan DAP akan kecewakan BN, kata Loke



Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, beritahu wartawan yang keputusan parti berkenaan Pakatan Rakyat akan diumum esok pagi. 

Mesyuarat tergempar DAP yang berlangsung hampir empat jam malam ini, membincangkan masa depan parti itu di dalam Pakatan Rakyat (PR), akan mengecewakan Barisan Nasional (BN) kerana hasilnya "positif", kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.

Parti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok pagi berhubung hasil mesyuarat mereka malam ini, diadakan susulan keputusan PAS bertegas meneruskan agenda hudud mereka dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen.

"Bagi saya, ia positif untuk rakyat dan mengecewakan untuk BN. Itu saja saya boleh katakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Loke berkata, semua ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu menghadiri mesyuarat malam ini dan bersetuju sebulat suara dengan keputusan yang dibuat.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua memberitahu pemberita, "semua pilihan dipertimbangkan" semasa perbincangan di dalam mesyuarat itu.

"Saya rasa mereka sangat terbuka. Saya rasa semua orang tahu isu yang terbabit.

"Adakah kita berpecah, adakah kita teruskan, adakah kita tunggu, apa isunya, bagaimana ia menjejaskan DAP, bagaimana ia menjejaskan PR, apa yang rakyat mahu – ada orang mahu kita berpecah serta merta, ada yang mahu kita terus bersama walau apa pun terjadi.

"Jadi, semua isu ini dibincangkan sebelum keputusan dibuat," kata Pua.

Jawatankuasa eksekutif pusat DAP bermesyuarat malam ini bagi membincangkan sama ada untuk kekal dalam PR atau tidak berikutan tindakan PAS itu yang dianggap satu "pengkhianatan" terhadap PR kerana membelakangi keputusan yang dipersetujui bersama sebelumnya.

DAP berkata hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama PR, dan PAS mengkhianati sekutunya dengan membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu lepas.

DAP juga menyifatkan sebagai "pengkhianatan" tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon kepada Parlimen untuk membentangkan rang undang-undang itu yang perlu diluluskan bagi membolehkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan. – 23 Mac, 2015. ~tmi


KEPUTUSAN PENUH DAP PUSAT:

DAP tamatkan kerjasama dengan Hadi, kekal dalam Pakatan


Lim Guan Eng (paling kiri) bersama pemimpin kanan DAP lain yang bermesyuarat malam tadi. Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu memutuskan kekal dalam Pakatan Rakyat tetapi menamatkan kerjasama dengan presiden PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Oleh itu, ia membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi dan akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

"DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.

"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.

Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan.

DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan.

"Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud.

"Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi.

"DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

"Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud, tetapi untuk Dasar Bersama," katanya.

DAP juga memberi tiga contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah.

Pertama apabila beliau mengkhianati keputusan bersama Majlis Pimpinan PR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal PR untuk jawatan menteri besar Selangor.

"Ia sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan kerajaan PR Selangor," kata Lim.

Kedua ialah kegagalan Hadi menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 bakal dibincangkan pada Majlis Pimpinan PR.


Dan ketiga, ialah permohonan Hadi ke Parlimen pada 18 Mac membentangkan usul rang undang-undang persendirian tanpa terlebih dahulu membentangkannya kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.
DAP dalam resolusi mesyuaratnya turut menegaskan semula komitmennya kepada PR sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

"PR berhasrat membina Malaysia baharu berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia."

DAP juga mengulangi pendirian yang semua parti komponen PR harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.

Mesyuarat tergempar CEC malam tadi berlangsung hampir empat jam dan membincangkan masa depan parti itu di dalam PR susulan keputusan PAS meneruskan agenda hudud dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen.

2 ulasan:

Unknown berkata...

ASSALAMU ALAIKUM WR,WB…NAMA SAYA IBU GUSNI TKI DIMALAYSIA
SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA SAUWDARA2 PARA PECINTA TOGEL BAHWA DULUNYA KAMI SELALU KALAH BERMAIN TOGEL DAN SEMUA BARANG2 SAYA HABIS TERJUAL GARA2 MAIN TOGEL TIDAK PERNAH MENANG.TAPI SIUKUR ALHAMDULILLAH ADA TEMAN SAYA YANG MEMBERIKAN SAYA NOMOR AKI,DARMO KATANYA KI,DARMO…
BISAH MENGELUARKAN ANGKA GHOIB/RITUAL JITU TAPI SAYA BELUM YAKIN BAHWA ADA ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA GHOIB/RITUAL JITU,AKHIRNYA SAYA COBA2 MEMBERANIKAN DIRI UNTUK MENGHUBUNGI AKI,DARMO TERNYATA ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,DARMO 4D ,, BETUL BETUL TERBUKTI TEMBUS…
100%,…DAN SAYA MEMENANGKAN 250 JUTA ALLHAMDULILLAH SAYA BISAH MENUTUPI SEMUA HUTANG2 KAMI DAN SEKARANG SAYA JUGA SUDA MEMBUKA USAHA KECIL KECILAN INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA,JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA YANG NAMANYA ANGKA GHOIB/RITUAL JITU SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI ,,,
DENGAN CARA HUBUNGI /SMS AKI DARMO, DI NOMOR[082-310-142-255-])SAYA YAKIN BAHWA ANGKA YANG DI BERIKAN AKI, DAPAT MERUBAH NASIB ANDA.TERIMAH KASIH, JAMINAN 5X PUTARAN GOLL…
Di jamin anda pasti menang seperti saya>>>>>>
.(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´ Thanks sOb rOoMnyA ¨`»
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..
SELAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.


Tanpa Nama berkata...

Apa maksud tanpa mengira agama atau kepercayaan, dan kebebasan yg mcm mana DAP maksudkan. Cakap berbelit2. Org punya agama dia jugak yg bising. Awak buat pesta minum arak Pas tak kacau pun.
Semua cadangan dan pembentangan Hudud bukan keputusan seorang individu bernama TGHH, tapi atas nama PAS. Nampak jelas inilah jarum penghasut supaya dikalangan PAS bergerak menjatuhkan Hadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...