05 Januari 2015

YB ‘Gila Kuasa’ Larang Kumpulan Sukarelawan Beri Bantuan Banjir




Di saat berpuluh-puluh ribu mangsa banjir masih bergelut dengan situasi sukar, masih ada lagi pihak yang terlalu memikirkan kepentingan diri sehingga sanggup menyekat usaha orang lain dalam menghulurkan bantuan.

Menerusi satu laporan polis yang disiarkan menerusi Facebook Raja Shamri, seorang sukarelawan telah mengadu mengenai tindakan individu yang mengaku dirinya sebagai Yang Berhormat (YB) di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, YB itu mempersoalkan tujuan kedatangan kumpulan sukarelawan itu sedangkan mereka datang untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk di kawasan itu.

YB itu kemudiannya memberitahu si pengadu dan rakan-rakannya tidak mempunyai hak untuk menyalurkan bantuan kecuali melaluinya atau penghulu kampung itu.

Sikap individu tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kumpulan sukarelawan itu sehingga menyebabkan mereka membuat laporan polis.


Pada hemat kami, YB tersebut mungkin bimbang usahanya untuk mencipta nama menerusi program bantuan kepada penduduk di situ akan terjejas dengan kehadiran ‘orang luar’.

Aduhai…waktu-waktu macam ni pun ada juga yang nak tunjuk perangai ‘gila kuasa’!

Semoga kejadian seumpama ini tidak melemahkan semangat para sukarelawan kita kerana apa yang dinilai oleh-Nya ialah keikhlasan dalam membantu para mangsa. -

3 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Maafkanlah YB( Yang Bongok ) ni.... musim banjir ni...bila air surut dia punya gila kuasa tu makin meningkat...terbalik! Camana orang bengong boleh jadi tok wakil?

Tanpa Nama berkata...

Saman aje la.

Unknown berkata...

memang berlori2 yb yg berperangai camtu... tak kira le... yg berserban ker atau yg tak berserban... sama jer 2 x 5... kadang2 tu yg berserban ni lagi setan dari setan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...