27 Januari 2015

NAJIB & KHAIRY DIDAKWA BELA HANTU RAYA?



Khairy diminta jinakkan dulu hantu raya

Kritikan oleh bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu tidak bermaksud memburukkan atau menjatuhkan kredibiliti pentadbiran Perdana Menteri.



Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin meminta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjinakkan hantu raya yang secara menggila menyerang pengkritik Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di kalangan ahli dan penyokong UMNO.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan kemampuan Menteri Belia dan Sukan itu meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin bahawa semua isu yang dibangkitkan tidak menjadi masalah.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times itu, kritikan oleh bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu tidak bermaksud memburukkan atau menjatuhkan kredibiliti pentadbiran Perdana Menteri.

“Tetapi adakah mampu beliau meyakinkan Dr Mahathir dan Daim bahawa segala-galanya dalam keadaan “A-okay” mengenai isu-isu seperti 1MDB, kewangan negara dan rundingan perjanjian perkongsian trans-Pasifik (TPPA) dengan Amerika?” tanya Kadir.

Beliau menambah: “Dr Mahathir dan Daim menegur dan mengkritik Mohd Najib bukan kerana mereka benci kepada beliau jauh sekali mengidamkan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.”

Sebelum ini Khairy dilaporkan berkata, perang saraf antara kumpulan Perdana Menteri dan Dr Mahathir hanya melemahkan UMNO dan menggesa agar ia dihentikan segera.

Kadir juga mengingatkan: “Teguran dan kritikan mereka bertujuan memperkukuhkan UMNO dan kerajaan agar tidak kalah dalam pilihan raya umum akan datang.”  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...