30 Januari 2015

HUTANG RM2B 1MDB, TAIKUN ANANDA JADI PENYELAMAT

Pautan kekal imej terbenam

Jumlah RM2 bilion itu, Maybank dikatakan memberi pinjaman sebanyak 58.99 peratus, RHB Bank 32.41 peratus, Alliance Investment Bank Berhad 4.06 peratus, Malaysia Building Society Berhad 3.24 peratus serta Hwang DBS Investment Berhad 1.29 peratus

Ananda Krishnan pinjamkan RM2b untuk lunaskan hutang 1MDB - sumber

KUALA LUMPUR: Billionaire Tan Sri T Ananda Krishnan dikatakan akan meminjamkan sejumlah RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk melunaskan hutang syarikat itu kepada beberapa bank tempatan, kata sumber.

Langkah itu juga dikatakan akan membuka jalan kepada 1MDB untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO) bagi meraih lebih RM10 bilion dengan mengapungkan bahagian penjanaan tenaga milik syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.

Sumber berkenaan berkata, Krishnan yang juga individu kedua terkaya di Malaysia, kini sedang merundingkan butiran pinjaman itu.

Sebelum ini, Reuters sudah melaporkan bahawa Krishnan berunding dengan 1MDB untuk menjadi pelabur utama dalam IPO itu yang dijangka dilaksanakan dalam separuh pertama tahun ini.

"Setakat ini ia sekadar pinjaman biasa. Kita belum pasti bagaimana ia akan diterjemahkan dalam ekuiti dalam bahagian penjanaan 1MDB pada masa depan," kata satu daripada sumber berkenaan.

Pegawai 1MDB enggan mengulas manakala pegawai di Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat yang menjadi jentera pelaburan Krishnan juga tidak dapat mengulas.

1MDB dikatakan sudah dua kali terlepas tarikh akhir melunaskan hutang RM2 bilion daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Capital Bhd.

Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu terpalit kontroversi dengan dakwaan kurang ketelusan dalam urus niaganya sehingga kini menanggung hutang lebih RM43 bilion.

1MDB awal bulan ini mengumumkan pelantikan warga Malaysia yang juga pakar perbankan pelaburan dan berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kanda sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman. - Reuters


Tangguh bayar pinjaman: 1MDB telah maklumkan kepada Kementerian Kewangan


1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah memaklumkan kepada Kementerian Kewangan berhubung permohonan penangguhan bayaran hutang kepada Malayan Banking Berhad (Maybank) dan empat bank yang lain.

Permohonan penangguhan itu juga sudah pun dikemukakan kepada semua bank terlibat.

Sumber memberitahu, 1MDB memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kewangan selepas Arul Kanda Kandasamy menyertai entiti itu.

"Kementerian Kewangan hanya dimaklumkan tetapi terpulang kepada bank-bank berkenaan untuk menerima permohonan penangguhan tersebut," katanya kepada MalaysiaGazette.

Kelmarin, Bloomberg melaporkan 1MDB memohon penangguhan sebulan lagi bagi pembayaran semula hutang sebanyak RM2 bilion kerana entiti itu masih dalam perbincangan dengan T. Ananda Krishnan berhubung penjualan kepentingan aset tenaganya.

Daripada jumlah RM2 bilion itu, Maybank dikatakan memberi pinjaman sebanyak 58.99 peratus, RHB Bank 32.41 peratus, Alliance Investment Bank Berhad 4.06 peratus, Malaysia Building Society Berhad 3.24 peratus serta Hwang DBS Investment Berhad 1.29 peratus.

Jika penangguhan itu dibenarkan, ia merupakan kali ketiga selepas 1MDB gagal kali untuk membayar hutang pada tempoh yang ditetapkan selepas 30 November 2014 dan 30 Disember 2014.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz ketika diminta mengulas kemungkinan penangguhan ini berlaku pada Selasa lepas berkata: "Kami tidak mengulas entiti individu dan tidak pernah berbuat demikian (mengulas entiti individu).

Bagaimanapun, kata Zeti, BNM tidak membenarkan mana-mana entiti individu memberi implikasi berangkai yang boleh menjejaskan sistem kewangan dan ekonomi negara.

Tambah Zeti lagi, sebarang penangguhan pembayaran pembiayaan tidak ditentukan oleh bank pusat itu sebaliknya oleh pemberi pinjaman dan bukannya Bank Pusat itu.

Sumber itu berkata, setakat ini kesemua bank-bank berkenaan masih belum memaklumkan jawapan bagi penangguhan yang dikemukakan oleh 1MDB.

1MDB dalam satu kenyataan bertarikh 13 Januari memberitahu, entiti itu telah menebus pelaburannya sebanyak RM8.35 bilion di Pulau Cayman. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...