25 September 2014

AUTA PERTAMA AZMIN? SEDAPKAN PENYOKONGNYA......


Mampukah Azmin batal perjanjian air Selangor?


Mohamed Azmin Ali sebenarnya tidak boleh melakukan sebarang perubahan terhadap perjanjian air yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.

Sebaliknya, Menteri Besar Selangor yang baharu itu hanya boleh membaca sahaja perjanjian yang telah dibuat.

"Apa yang boleh Azmin boleh buat, tidak ada apa-apa, semuanya sudah dimuktamadkan. Semua sudah selesai," kata sumber yang mengetahui tentang perjanjian itu.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin kelmarin yang mahu mengkaji perjanjian yang dibuat semasa pemerintahan Abdul Khalid termasuk perjanjian air, selain pembinaan kontroversi Kidex.

Tindakan awal Menteri Besar Selangor itu sudah diramalkan oleh kebanyakan penganalisis ekonomi dan pasaran sebelum ini sambil menyifatkan sebarang kajian dan semakan akan melengah-lengahkan lagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebenarnya sudah tertangguh sejak enam tahun lalu

Sumber tersebut berkata, sebenarnya Mohamed Azmin tahu hakikat tentang perjanjian berkenaan tetapi tidak menolak kenyataan Menteri Besar itu dibuat sekadar untuk mengambil hati para penyokongnya.

Ini kerana, semasa perjanjian awal dibuat, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat bertegas mahu Abdul Khalid menangguhkan dahulu perjanjian berkenaan selagi penjelasan tidak dibuat.


Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) pada 12 September lalu.

Dalam perjanjian itu, Putrajaya bersetuju membenarkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.

Perjanjian yang dimuktamadkan itu menyaksikan operasi rawatan dan pengedaran air dalam industri bernilai RM30 bilion itu yang diuruskan oleh tiga syarikat diletakkan di bawah satu entiti iaitu Air Selangor Sdn. Bhd. yang di kawal oleh
kerajaan negeri.

Tiga syarikat konsesi air itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass (Abass).

Dengan perjanjian ini Selangor dan Putrajaya mempunyai kuasa menentukan kadar bagi air terawat untuk kira-kira tujuh juta pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, sekaligus Putrajaya akan memperoleh sepenuh kebenaran membina loji rawatan air Langat 2 bernilai RM3.6 bilion.

Sumber itu memberitahu, kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Azmin itu sudah dijangka memandangkan beliau turut mempersoalkan perjanjian berkenaan sebelum ini.

Tegasnya, Abdul Khalid bukan tidak bijak untuk melepaskan jawatan Menteri Besar tanpa menyelesaikan perjanjian air begitu sahaja kerana beliau tidak mahu rakyat Selangor dan Lembah Kelang dijadikan mangsa politik.

"Takkanlah itu pun Azmin tidak nampak?," katanya.
- Malaysia Gazette

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...