20 Mac 2014

KUDA HUVADHOO PULAU TERDEKAT DENGAN DIEGO GARCIA..ADAKAH INFO PENDUDUK MELIHAT MH370 BOLEH DIPERCAYAI?



MH370: Australia Kesan Dua Objek di Lautan Hindi.....

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 


Tony Abbott

SYDNEY: Dua objek dipercayai mungkin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berjaya dikesan, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Khamis.

Abbott memberitahu Parlimen mengenai maklumat 'baharu dan boleh dipercayai itu' pada hari ke-13 pesawat MH370 dilaporkan hilang.Beliau berkata, pesawat tentera Orion milik tentera udara Australia digerakkan untuk meneliti objek tersebut.

Beliau tidak menyatakan secara terperinci lokasi tersebut tetapi Australia bertanggungjawab untuk melakukan pencarian di selatan Lautan Hindi.

"Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkaitan objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Berdasarkan analisis pakar mengenai imej itu, dua objek itu mungkin ada kaitan dengan pencarian itu berjaya dikenalpasti," katanya.~ms


Dakwaan pesawat dilihat di Maldives tidak benar, kata Hishammuddin



Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) hari ini menafikan laporan yang mendakwa bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang itu dilihat terbang rendah di Maldives.

"Saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera Malaysia telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang mengesahkan bahawa laporan (media) itu tidak benar," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Sebuah portal berita Maldive, Haveeru, melaporkan bahawa penduduk pulau Maldives mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, pada hari pesawat Boeing 777-200ER hilang.

 Haveeru melaporkan penduduk di pedalaman Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di kepulauan Maldives mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar.

Hishammuddin juga menafikan spekulasi bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu
.

"Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI. Tiada titik laluan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing," katanya.

Mengenai barisan depan diplomatik, Hishammuddin berkata kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

"Sejumlah aset, yang sudahpun komited, kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi. Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepatkan penempatan aset di sepanjang koridor carian," katanya.

Beliau berkata meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakannya kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui.

"Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa bahawa beberapa data radar diterima namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

"Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370," katanya. -


BANYAK SPEKULASI  PESAWAT MENDARAT DI DIGEO GARCIA?




Penganalisis percaya MH370 mendarat

Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.

"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.

Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...