07 Mei 2014

PANAS! PUNCA AHMAD SAID DISINGGKIR DARI MB TERENGGANU TERSEBAR !!!


Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB

sumber


Abdul Razif disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Terengganu yang baharu.


Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Klu UMNO mahu merampas 100% Terengganu dari PAS, maka Razif adalah pilihan terbaik sebb dia dapat diterima rakyat baik UMNO maupun PAS. Dia pandai memimpin, jujur,tidak pilih bulu, masih bersih macam kain putih (belum ada desas-desus rasuah, salah-guna kuasa, main prempuan, dsbnya).
Hakim pula tdk dikenali ramai, mungkin juga seorang yg baik dan pintar, tetapi sayang sedikit rekod bapanya tdk berapa baik dan mimpi buruk rakyat Terengganu masih segar diingatan. Sekiranya Hakim dipilih, UMNO mesti bkerja keras utk mengikis dendam kesumat rakyat Terengganu terhadap 'Wan Mokhtar and the Geng".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...