CUBAAN BUNUH DIRI -Petaling Jaya Selangor, 7.25 pg td. Mgsa Melayu 35thn. Selamat & Serah pd phk polis
Cubaan bunuh diri gagal
Petaling Jaya: Cubaan seorang wanita untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 Flat Desa Mentari, di sini, gagal selepas dia berjaya diselamatkan pihak bomba pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.28 pagi itu, orang ramai yang terkejut melihat mangsa berusia 35 tahun cuba terjun terus menghubungi pihak bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, seramai dua pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.40 pagi.
Menurutnya, pihaknya kemudian berjaya memujuk mangsa tidak lama kemudian dan dibawa masuk melalui tingkap.
RALAT - berita awal kedahkini melapurkan seorang lelaki ~admin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan