15 April 2014

HUDUD, KEIKHLASAN UMNO DIRAGUI...DUN TERENGGANU TOLAK BAHAS USUL HUDUD !!!!

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menguatkuasa undang-undang hudud di negara Islam itu, baru-baru ini. 

Walaupun pemimpin Umno di peringkat pusat dan negeri Kelantan berjanji untuk menyokong undang-undang syariah khasnya hudud jika ia dibawa oleh PAS di Parlimen, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menolak usul sama dibawa oleh parti Islam itu.

Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi ini menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat.

Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.

"Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata pihaknya akan membawa rang undang-undang persendirian bagi membolehkan undang-undang sama yang turut diluluskan di Kelantan ke Parlimen.

Ia susulan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang berkata beliau akan tinggalkan Umno jika menolak undang-undang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, kerajaan pusat akan mengizinkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan dan akan cuba membantu.

Sehubungan itu, PKR mencabar Jamil supaya BN membawa usul ini di Parlimen kalau dia benar-benar ikhlas.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, berkata BN Terengganu sepatutnya membawa usul itu ke Parlimen.

Ahli Parlimen Ketereh daripada Umno, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau akan melobi semua ahli Parlimen beragama Islam agar menyokong usul itu.

Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng, kemudian berkata DAP akan membantah cadangan itu dan akan melobi agar semua ahli Parlimen bukan Islam daripada BN juga membantah cadangan itu.

Sebelum ini, bekas pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata DAP akan membantah cadangan ini.

Perbalahan itu membawa kepada perpecahan antara ahli Parlimen Islam dan bukan Islam di negara ini.

Menurut usul yang dibawa oleh Mohd Nor di DUN Terengganu hari ini, beliau meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Beliau berkata, isu itu adalah perkara tertentu kerana pelaksanaan undang-undang Islam adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2 dan surah al-Maidah ayat 38.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002.

Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka.

Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu, kata Mohd Nor dalam usulnya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara/saudari saya imbas balik kisah silam agar ianya menjadi pedoman kita kini..Long time ago tentara islam yg sedikit memerangi tentera musuh berganda2 besarnye..semestinya anda tahu peperangan itu dan kshnya.Saudara atas nama fisabilah,stratigi dan doa ttera islam tlh brjaya dgan bergaya.Saudara kita menjaga agama bagai mnatang minyak yg penuh jika di hiasi sumbu dan dinyalakan api menyinar menerangi kta dan org lain,iaya jga menerangi segala apa yg di pangil makluq.Saudara brunai drl slm adalah sebuah negara islam yg didesas desuskan akan memperkenalkan hudud sbagai stem perundangan baru negeri itu.alhamdulilah.Kelantan dan trenganu ada sebuah negeri yg terletak dinegara malaysia nampak x perbedaan negara dan negeri?klantan d tadbir olh krajaan pas manakala malaysia mgunakan stm prundangan sivl...saya myokong prundangan hudud 100% tetapi saya gusar ada muslihat di sbalik muslihat di gunakan olh party lawan untuk mencapai suatu tujuan.Sebnarnye kelantan blum blh mlaksanakan stm hudud lagi ini kerana ianya akan diperolok dn dikotakatikan olh undang2 sivl. dan imaj islm itu akan tercemar....seandainya p.r di takdirkan melangkah mentakbir malysia tdak ada sapa yg blh ptikai petlaksanaanya wlupun 1/2...Saudara saya bingbang cetusan agenda mb kelantan yg baru ini megolah kegagalan ini karna ianya tidak mempunyai stratigi yg ampuh dan tergesa2.

Tanpa Nama berkata...

as wr wb,,,,,,!!!!!!
dl saya selalu kalah dalam bermainan TOTO SGP/HK,
barang berharga di rumah sdh saya jual semuanya, surat2/sertipikat rumah saya
masukkan di BANK BRI,
bahkan saya sdh minta bantuan para normal pt, hasilnya nihil suatu hari saya bertemu
teman yg sama seperti saya PECINTA TOGEL jg & menberitahu saya kalau MBAH DEWA
bisa menbantu saya untuk melunasi hutang2 saya dalam bermain TOTO SGP/HK,
dan saya hub MBAH DEWA no 082-315-999-679 saya diberikan petunjuk
oleh MBAH DEWA menjadi member beliu
dan di kirim ANGKA RITUAL/GOIB SUPER JITU 4D terbukti tembus/jebol 100%
saya sangat berterimah kasih atas bantuanya MBAH DEWA yg tlah membebaskan
saya dr hutang-piutang saya, dan tak lupa jg saya mengujapkan puji syukur
kepada yg MAHA KUASA atas rezki yg di berikan kepada saya terimma kasih TUHAN,,
inilah kisah nyata hidup saya apakah anda ingin mengubah
nasib anda seperti saya,,,???
hub MBAH DEWA 082-315-999-679 insyah allah anda tdk akan kecewa,
ini bukan hanya sebuah cerita
tp, bukti & faktalah yg berbica,,,,,terima kasih,,,,,,,roomnya
ANDAH KURANG YAKING KLIK AJA DISINI!

PAK JHONATANG DI MALAYSIA berkata...

WASSALALUMU AKAIKUM WARAHMATULLAHO WABARAKATU..
KAMI INI DARI MALAYSIA DAN NAMA AWA PAK JHONATAN-
MALALUI MEDIA INTERNET KAMI HANYA INGIN MENGUCAPAKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA KI DARMO-ATAS BANTUANNYA MELALUI PEMBERIAN NGKA GHOIB TOGEL MALAYISA BERHASIL SAYA MENANGKAN 200 LEMBAR WALAUPUN AWALNYA KAMI RAGU AKAN PEMBERIAN ANGKA GHOIB INI ,TERNYATA ANGKANYA BENAR BENAR TEMBUS KAMI DAPAT BANYAK DARI BANDAR TOGEL ,DENGAN PUJI SYUKUR KEPADA TUHAN YANG MAHA KUASA SAYA MENGUCAPAKN BANYAK BANYAK TERIMAH KSIH KEPADA YANG DI ATAS DAN SAMA AKI DARMO ATAS BANTUANYA...
JIKA ANDA INGIN MENANG TOGEL SPERTI KAMI SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG KI DARMO DI NOMOR TELPON 082-310-142-255- ATAU SILHKAN KUNJUGI BLOG AKI DARMO DENGAN CARA KETIK - http://suhuacay.blogspot.com-DAN AKI DARMO MENJUAL BELIKAN TUYUL YANG MEDATANGKAN UANG BANYAK…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...