01 Mac 2014

HOT! KELANTAN SEKARANG, BAKAL TUMBANG SEPERTI KEDAH? APAKAH PUNCANYA....



Saya terbaca berita yang agak panas dalam laman Malaysian Insider bertajuk "Ahmad Yakub gagal satukan PAS Kelantan, kerajaan negeri dalam bahaya" 

(http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-yakub-sebabkan-pas-kelantan-berpecah-kerajaan-negeri-bakal-tumbang).

Politik Negeri Kelantan yang sukar difahami ini menjadi semakin "mengelirukan" sekiranya kita sekadar mendengar berita dari jauh dan tidak "merasai" atau memahami permainan politik "Politikus" Negeri Kelantan.

Dalam laporan tersebut "Tajuk Besar" telah menenggelamkan situasi utama di Negeri Kelantan. Dato' Ahmad Yakub akhirnya menjadi "Kambing Hitam" angkara perancangan jahat pihak-pihak berkepentingan di Negeri Kelantan.

Krisis awal sebenarnya telah bermula sebaik sahaja pembahagian Kerusi dibuat oleh PAS Kelantan. Saya sudah muak dan tidak mampu lagi untuk "berselindung" disebalik ayat-ayat indah demi menjaga hati pihak-pihak berkenaan. Jadi biar saya berterus-terang supaya tidak ada lagi soalan-soalan pelik yang perlu saya jawab.

Masalah mula berlaku semasa pembahagian kerusi menjelang PRU-13 tempohari tetapi tidak diketahui oleh Pemerhari Politik dari Luar Negeri Kelantan kerana ianya tidak dihebohkan.

Banyak kerusi menghadapi masalah apabila Individu-individu yang dikira tidak berkelayakan dinamakan sebagai calon dibeberapa kawasan. Nik Abduh sendiri sebelum muktamad bertanding di Parlimen Pasir Mas bertukar lokasi bertanding sebanyak 3 kali dan ini bukan rahsia di Negeri Kelantan.

Dato Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga orang lama dalam PAS Kelantan tercampak ke Gua Musang. Kerusi Pulai Chondong yang berada di bawah SU Perhubungan PAS Kelantan, Haji Zulkifli Mamat antara kerusi paling panas berlaku masalah sehingga Pemuda PAS Pulai Chondong terpaksa mengadakan pertemuan dengan TGNA dan ada ugutan untuk memboikot calon PAS yang dipertandingkan.

PKR Kelantan hampir sahaja diketepikan 100% dari Politik Negeri Kelantan dalam PRU-13 yang lepas apabila semua kerusi-kerusi yang kebiasaannya ditandingi PKR mahu dibolot oleh "tangan-tangan ghaib" dalam PAS Kelantan.

Ketua Umum PKR sendiri terpaksa berkunjung ke Kelantan beberapa kali untuk berunding. Hampir kesemua nama-nama yang dikenal pasti sebagai "Team Husam" hampir tersingkir akibat perancangan "tangan-tangan ghaib" dalam PAS Kelantan.

Selepas selesai PRU-13, PAS Kelantan menjadi semakin huru-hara apabila Dato Haji Husam Musa tidak disenaraikan dalam Pimpinan baru Kerajaan Negeri Kelantan dengan alasan yang tidak munasabah sehingga mengakibatkan berlaku Protes terbuka dan perkara ini masih berlanjutan sehingga sekarang. Istana Kelantan dipersalahkan oleh Pimpinan baru Kerajaan Negeri Kelantan.

Masalah demi masalah datang 1 persatu di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang baru Pimpinan Dato' Ahmad Yakub. Warga Negeri Kelantan sedia tahu siapa "Pemain Utama" dalam kemelut ini tetapi tidak bagi mereka yang berada di luar Negeri Kelantan.

Banyak janji-janji yang ditabur dalam PRU-13 seperi Pembinaan Lebuhraya Rakyat, Stadium dan Bandar Sukan Bukit Merbau, Perumahan Rakyat di Rantau Panjang tergantung dan tidak diketahui statusnya. Isu Royalti antaranya menjadi sejuk sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Aktivis.

Kenyataan-kenyataan Rasmi dan Penjelasan yang dikeluarkan oleh Pejabat MB sekadar dapat menyejukkan suasana buat seketika sahaja tetapi masih tidak dapat meyakinkan Rakyat Negeri Kelantan.

Pada mata Rakyat Negeri Kelantan, MB kelantan hari ini tak lebih sekadar "Puppet" manakala "Master Of Puppet" ialah team TMB: Dato' Nik Amar yang dibantu oleh YB Pulai Chondong. Setiap keputusan berkenaan Polisi Kerajaan Negeri Kelantan hari ini dipengaruhi sepenuhnya oleh "Team TMB".

Bagi "Hardcore" Politik Negeri Kelantan, ramai yang tahu tujuan sebenar Dato' Ahmad Yakub dinobatkan sebagai MB baru menggantikan TGNA.

DAY adalah 1 individu yang tidak bermasalah dalam PAS Kelantan, tetapi beliau kurang dikenali kerana isfat "Low Profile" nya. Beliau bukan seorang yang "Aggresif". Kelemahan beliau ialah DAY bukan seorang "Fighter" yang akan mempertahankan pendirian beliau jika berlaku konflik.

Team Nik Amar tahu akan perkara ini dan Team Nik Amar juga tahu Politik Negeri Kelantan akan bergolak dengan teruk sekali sekiranya beliau terus berada di atas kerusi empuk MB sebaik sahaja selesai PRU-13.

Maka mereka menaikkan DAY sebagi MB "sementara" dengan tujuan "menonjolkan" kelemahan DAY dalam Pentadbiran Negeri Kelantan. Mereka juga tahu DAY berdepan dengan masalah kesihatan dan itu adalah "peluang" yang baik bagi menggantikan DAY apabila "tiba masanya".

Pada saya, DAY adalah "kambing Hitam" dalam kemelut Politik Negeri Kelantan dan beliau hanya menunggu masa untuk ditumbangkan oleh Team Panchor atau Team Nik Amar.

Saya tidak meletakkan 100% kesalahan pada MB DAY kerana saya dan ramai lagi pemerhati tahu, DAY memang tidak mampu memikul tugas besar menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan. Kalau nak dikatakan bahawa Kerajaan PAS Negeri Kelantan berada dalam bahaya, ini bukan kerana kelemahan MB DAY, tetapi ianya lebih kepada "Perancangan Licik" Team Nik Amar yang berhajatkan kepada Jawatan Menteri besar Negeri Kelantan.

Dalam laporan Malaysian Insider, Presiden; PAS TGHH diseru supaya turun padang bagi menyelesaikan masalah dalam PAS Kelantan yang semakin meruncing.

Campur tangan Tuan Guru Presiden memang dinanti-nantikan oleh Team Nik Amar yang pada saya, mereka-mereka ini sudah bersedia untuk mengambil peluang, menjelaskan perkara yang tidak benar kepada Tuan Guru Presiden PAS yang akhirnya akan membawa kepada "Peralihan Kuasa" seperti yang dirancangkan. "Masa" itu hampir tiba.

Pada Peringkat PAS Pusat, ada tangan-tangan ghaib yang berada dikeliling Tuan Guru Presiden merosakkan nama Presiden dengan kerja-kerja jahat mereka dan begitu jugalah di Kelantan. Ada tangan-tangan ghaib yang sekian lama berada di keliling Pimpinan dengan membawa Agenda Peribadi mereka.

Pada dasarnya, kekuatan PAS Kelantan masih ada. Sokongan pada PAS kelantan masih kukuh tetapi selama mana ianya berjaya dipertahankan tak siapa tahu. Sudah ada pihak-pihak tertentu yang berkempen supaya dalam PRU-14 nanti, semua kerusi di Kelantan mesti dipertahankan kecuali 2 kerusi, perlu "diajar" iaitu Kerusi Pulai Chondong dan juga Kerusi Panchor.

Krisis di Politik Kelantan yang telah bermula sekian lama tidak akan berlanjutan sekiranya TMB tidak membuat onar dalam Pentadbiran Negeri Kelantan. Kemarahan Rakyat hampir saja reda dan majoriti semakin dapat menerima Peralihan Kuasa yang berlaku walau dalam keadaan diluar jangkaan. Tetapi keangkuhan TMB dalam memperkukuh kedudukan beliau di Kelantan dengan menyingkir kakitangan-kakitangan GLC yang dilihat sebagai pro-Husam seolah-olah "Pembersihan Ethnik" telah membangkitkan kembali kemarahan Rakyat Kelantan.

Ada peristiwa menarik bakal tercatat dihadapan Bangunan SUK sempena Sidang DUN akan datang.

Beberapa siri Demonstrasi akan diadakan oleh beberapa NGO dan Aktivis di Kelantan bagi melahirkan rasa tidak puashati mereka kepada Pentadbiran yang ada hari ini lebih-lebih lagi kepada Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan; Dato' Nik Amar.


NGO R akan menyerahkan Memorandum berkenaan dengan Pengeluaran terbaru Petrolium dalam Medan Damar, NGO SETIA, #AMBANG13 [ANAK MUDA BANGKIT], AMBO dan AK03 kesemuanya akan membawa sekurang-kurangnya 4 isu termasuk yang terbaru sekali Kes Pemecatan Timbalan Pendaftar KIAS.

Ramai yang secara jelas bersetuju bahawa Politik Kelantan akan aman sekiranya Dato' Nik Amar tidak "TEBOLAH & GILA KUASA".


Sumber


1 ulasan:

Unknown berkata...

Selagi geng fakih hsndle pas gua amat yakin pas menuju situasi kehilangsn pengaruh dikalangan anak muda dn profesional.Contoh bila hadi awang fitnah calon pkr jual pil kuda,pas terengganu keluar statemen "pkr x pandsi jga kerukunan dlm pr krn ahli pkr saman tokguru pas"ooo..bila jd tokguru pas halal utk fitnah dan bila mahkamah jatuh hukum tokguru pas x wajib mohon maaf.Malah jwtnkuasa fitnah hadi boleh menyalahkan org yg difitnah krn tak jga kerukunan..!!!tahi anjing betul geng fakih dari terengganu ni!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...