28 Februari 2014

PANAS! PUNCA SEBENAR PUTRAJAYA SETUJU SERAH AIR KEPADA SELANGOR TERBONGKAR !!!



PUNCA PUTRAJAYA  panggil Selangor tandatangan MoU saat akhir kerana:

1. Krisis kekurangan air bersih kini pada tahap kritikal dimusim panas akan menyebabkan rakyat terinaya juga akan memalukan kerajaan pusat dimata dunia, sebelum ini tawaran pembelian telah ditolak oleh pemegang konsensi tetapi kerajaan pusat pemegang saham emas yang terpaksa memaksa perjanjian ini diteruskan dengan tergesa-gesa.


2. Pelabur tentu akan lari dengan tiada sumber air bersih untuk industri juga pembangunan perumahan akan terbantut. Tanpa pelaburan pendapatan pusat akan terbantut ini akan menyebabkan ekonomi pusat tidak berkembang dengan hutang negara ketahap kritikal.


Sebelum ini isu air dipolitikan oleh pihak Putrajaya bagi menekan rakyat dan pengguna . Pertikaian tentang Loji Langat 2 wajar dihentikan demi kemudahan asas  ianyasatu keperluan dan tidak dapat ditolak lagi dan pusat wajar menglaksanakan projek tersebut dengan telus supaya kos yang tidak perlu diambil kira. ~ pandangan admin kedahkini


MoU Langat 2 legakan rakyat, pelabur


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

KUALA LUMPUR - Apabila Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor termeterai di Putrajaya semalam berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor, ia memberi harapan baharu kepada penduduk Lembah Klang, para pelabur dan pemaju hartanah di negeri itu.

MoU itu juga membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor boleh duduk semeja untuk menyelesaikan masalah rakyat, walaupun berbeza ideologi politik.

Rakyat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang mengimpikan kehidupan selesa dengan bekalan air bersih tanpa gangguan serta keinginan para pelabur yang mahu projek-projek mereka diteruskan dengan mendapat bekalan air terawat secukupnya, kini boleh menarik nafas lega untuk jangka masa panjang.

Ini kerana projek Langat 2, yang dijangka siap pada 2017 mempunyai kapasiti untuk menampung permintaan air terawat sehingga tahun 2025.

Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) mampu merawat 1.89 bilion air mentah dari Sungai Semantan, Pahang yang disalurkan melalui terowong sepanjang 44.6 km merentasi Banjaran Titiwangsa hingga ke Hulu Langat, Selangor.

Menteri sebelumnya Tan Sri Peter Chin Fah Kui pernah berkata bahawa pembinaan LRAL2 yang mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari, sepatutnya bermula pada Jun 2013.

Pelaksanaan projek itu tertangguh berikutan keengganan kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang, yang mengambilalih tampuk pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum 2008, untuk memberi kebenaran merancang kepada projek itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta supaya projek pembinaan Langat 2 dimasukkan ke dalam rundingan penstrukturan semula industri air yang melibatkan pengambilalihan empat syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass), oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KEDEB).

Bagaimanapun, semalam tanpa diduga Abdul Khalid menandatangani Mou itu bersama Maximus dan bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan LRAL2, yang dijangka dapat meningkatkan bekalan air terawat bagi menampung peningkatan permintaan di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi pernah berkata bahawa permintaan air terawat pada masa ini ialah 4,638 juta liter sehari (JLS) berbanding pengeluaran 4,661 jls sementara permintaan air di Lembah Klang diunjurkan terus meningkat dengan kadar 3.5 peratus setahun.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kelewatan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada pembinaan LRAL2 memberi kesan buruk kepada imej Selangor yang merupakan sebuah negeri maju di Malaysia.

Beliau berkata setakat tahun lepas, disebabkan rizab air yang kurang di Selangor iaitu hanya satu peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 projek perumahan baharu, yang memerlukan 147.87 juta liter sehari tidak dapat dimulakan.

Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan pusat komersial baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit pusat beli-belah baharu yang memerlukan 9.49 jls air, 3,159 unit hotel baharu (10.76 jls), 830 kilang baharu (31.24 jls) dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari, tidak dapat dimulakan.

MoU bersejarah semalam merupakan penyelesaian kepada segala permasalahan ini dan menghidupkan kembali harapan rakyat untuk mendapat lebih banyak peluang kerja selain berpeluang memilih rumah idaman apabila projek-projek perumahan dibangunkan kembali dengan lebih rancak.

Sementara itu, pakar-pakar berhubung perkara ini melihat MoU itu sebagai penyelamat kepada krisis air di Selangor dan Lembah Klang.

Pensyarah Seksyen Geografi Universiti Sains Malaysia Prof Chan Ngai Weng berkata Langat 2 adalah penyelesaian terbaik kerana Selangor buat masa ini tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air terawat di kawasan itu, yang padat dengan penduduk dan rancak dengan pembangunan.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia(UPM) Dr Ahmad Tarmizi Talib pula menyifatkan MoU sebagai "rahmat kemarau" kerana Langat 2 diselesaikan setelah tertangguh selama enam tahun.

Penyelesaian yang dicapai semalam, katanya, membuktikan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor boleh duduk semeja dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.

"Ini permulaan kepada politik matang. Pemimpin harus sedar bahawa setiap perbuatan dan keputusan mereka diperhatikan. Siapa yang berkhidmat sebaiknya akan terus menjadi pilihan," katanya. -

Kita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu




SHAH ALAM: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengakui kerajaan Pusat memanggil kerajaan Selangor hadir ke Putrajaya bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam notis yang singkat.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, kerajaan Pusat membuat keputusan saat akhir memaklumkan bersetuju dengan perjanjian itu dan mahu memeterainya.

“Kita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu. Malah kita juga dah sediakan pelan peruntukan RM9.6 bilion bagi projek Langat 2.

“Pusat yang selama ni tak berapa nak mahu,” katanya kepada FMT selepas upacara solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Selangor dan Pusat semalam menandatangani MoU bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

MoU ditandatangani antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta beberapa menteri Kabinet dan Exco Selangor.

Pengambilalihan ini dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dan empat syarikat terbabit akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air dibawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberi jaminan ia hanya melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab sahaja dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

Melalui MoU, KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan pula perlu menyuntik RM2 billion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor perlu melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi.

Antaranya, menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan Pusat, memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada tahun 2050.

Selangor juga perlu menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33% kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.


Namun, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya semalam berasa terkejut dan mengakui tidak dimaklumkan mengenai pertemuan dan MoU itu.

“Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini.tetapi tidak yang terakhir ini,” katanya.

Sementara itu, Halimah berkata pihaknya selepas akan mengadakan beberapa siri solat hajat memohon agar diturunkan hujan berdasarkan respon yang diterima.

1 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Salam

Maaf ya. posting Yg sungguh biol

pas dap dan ts khalid lulus projek terowong air rm12billion utk ubn.
Hasil keuntungan rm6billion atau 50% akn d guna utk baham selangor pru14.

Ehh ts khalid tak kisah sebab saman bank islam dah settle rm 68juta free. Pas dap peringkat selangor pun dpt habuan. Tanya swiss bank d london. Amboi patut pas nk mb tski kekal mb selangor. Semua sebab duit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...