03 Februari 2014

MAT BLERR @ MB KEDAH DICABAR LAPOR KEPADA SPRM - DAKWAAN ADA PENYELEWENGAN


MAT BLERR....@ MB

Bekas exco Kedah cabar Mukhriz lapor SPRM


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar lapor kepada SPRM, jika ada bukti penyelewengan salah laku ketika PAS memerintah Kedah. 

Bekas Exco Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) jika beliau tahu dan ada bukti berlakunya penyelewengan dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau berkata, Mukhriz diingatkan supaya tidak mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.

"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.


Mukhriz sebelum ini dalam kenyataannya berkata, tidak akan teragak-agak membuka semula fail projek bermasalah kerajaan negeri semasa zaman pentadbiran PAS jika pembangkang terus mencemarkan nama baik pemerintahannya.

Menteri besar Kedah itu berkata, antara permasalahan yang akan didedahkan adalah seperti projek pembalakan di Pedu dan pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

"Sudah tiba masanya kita pertimbang untuk buka fail lama mengenai Pedu dan Kuin, banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang mereka (PAS Kedah) mentadbir. Saya ingat dulu kita tidak perlu ungkit perkara lama.

“Tetapi kalau mereka hendak tunjuk kononnya mereka bersih dan kita kotor, kita boleh tunjukkan bukti dengan mudah bahawa sepanjang lima tahun lalu banyak penyelewengan berlaku," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Mukhriz mengambil pendekatan itu kerana sejak kebelakangan ini pelbagai tuduhan dilemparkan oleh pembangkang termasuk membabitkan isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan.

Amirudin yang juga Ketua Pembangkang Kedah berkata, PAS Kedah tidak akan melindungi sebarang salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku.

"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Jika tidak, bermakna beliau berbohong dan memfitnah.

"Bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam tujuh bulan pentadbiran BN Kedah.

"Ditegaskan juga, tugas kami sebagai pembangkang adalah membetulkan kerajaan daripada sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...