21 Januari 2014

PENJELASAN KEMELUT LEMBAGA PENGARAH PKNS SIAPA MELAKUKAN SABOTAJ TERBONGKAR


BERITA DIKEMASKINI 12.26PM
SUK: Tak benar penamatan tugas Azmin dibatal

Selangor tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menarik balik surat penamatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah syarikat negeri itu pada 8 Januari lalu.

Justeru, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, butiran dalam surat daripada pengurus besarnya ketika itu Datuk Othman Omar tidak benar sama sekali.

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan pengurus besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar.

Menurut Khusrin, surat itu antaranya menyatakan, surat penamatan tugas Azmin ditarik semula dan dianggap batal.

Dalam kenyataannya hari ini, Khusrin berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco esok dan PKNS diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, katanya lagi, siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS Norita Mohd Sidek bagi merungkai perkara sebenar di sebalik isu itu.

“Saya meminta kepada semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak sahih berkenaan isu ini sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, Khusrin juga menegur banyak laporan media yang membuat spekulasi dan melaporkan berita tanpa merujuk fakta yang sahih berkenaan isu itu sejak kebelakangan ini.

MB: Dua pegawai PKNS ditukar sementara untuk siasatan dalaman

SHAH ALAM 20 JAN: Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hanya ditukar sementara ke ibu pejabat kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tindakan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat.

“Mereka adalah penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam,” katanya pada kenyataan media petang ini.

Dua pegawai itu ialah Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek. Isu itu berkait rapat dengan pengguguran Mohamed Azmin Ali dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS.


Abdul Khalid berkata, antara yang disiasat ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS.

“Keputusan ini telah saya maklumkan kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh kepada siasatan.

“Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada Ahli Lembaga Pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi,” katanya.

Abdul Khalid berkata, surat kuasa itu membolehkan Khusrin melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang-undang.

“Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika kedua-duanya masih bertugas di PKNS,” katanya.

Kenyataan itu, kata Abdul Khalid, dibuat berikutan laporan meluas media mengenai kedudukan Ahli Lembaga PKNS yang memberi gambaran seolah-olah ia melibatkan kepentingan awam yang mendesak.

Beliau menyifatkan ia sebagai perkembangan tidak sihat berikutan spekulasi pelbagai pihak tanpa merujuk fakta sahih.

“Saya berbincang dan menyerahkan surat kuasa kepada Mohamed Khusrin untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS,” katanya.

Pada kenyataan media sama, Abdul Khalid berkata, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, kekal seperti yang diarah Pengurus Besar PKNS pada 8 Januari lalu bagi mengelak sebarang komplikasi perundangan.


Pemecatan Azmin kekal, bos PKNS dipindah keluar


Keputusan pemecatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sementara menunggu siasatan lanjut berhubung perkara itu, kata menteri besar.


Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, siasatan itu dibuat kerana surat pemecatan Azmin yang dikeluarkan oleh Othman dibuat pada 8 Januari lalu tanpa pengetahuan beliau.

"Sementara itu kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan," katanya.

Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara itu dan menyerahkan surat kuasa kepada SUK Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan medianya petang ini.
Khalid sebelum itu bermesyuarat panjang kira-kira empat jam sehingga jam 7 petang bersama PKNS hari ini.

Sementara itu, dalam reaksi segera di laman Twiternya, Azmin, timbalan presiden PKR dan ahli parlimen Gombak berkata:

"#PKNS Board; Jangan buat spekulasi. Saya masih terkeluar."

1 ulasan:

5sal berkata...

Puak ni nak kelentong MB Tan Sri Khalid konon,tau ka sebelum dia duduk kerusi mb,dia pernah jd CEO.Bukan macam en najid pm kita tu.Harap macai2 dia yang tolong info kan untuk dia.Syabas TS Khalid semuga kekal sebagai MB yang bersih dari Hasutan dari gunting dalam lipatan dan Rasuah yang bermaharajalela!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...