20 Januari 2014

HAB KERETA MALAYSIA KETINGGALAN JAUH DENGAN THAILAND & INDONESIA APA PUNCANYA

FAKTA YANG KITA KURANG TAHU : THAILAND KELUAR 2.5 JUTA KERETA SETAHUN, MALAYSIA HANYA 500K, DIMANA SILAPNYA MUNGKIN ATAS DASAR PERLINDUNGAN KEPADA PROTON...

Industri Automotif Thailand Bernilai RM86 Bilion VS Automotif Malaysia, Di Mana Silapnya


Kadang-kadang tiba masa, kita akan terfikir seketika bagaimana negara gajah putih seperti Thailand menjadi hub automotif iaitu NO.1 di Asia Tenggara diikuti Indonesia. Apa yang hebatnya mereka? Apa kurangnya Malaysia? Di mana silapnya?

Ianya  berpunca daripada tabiat golongan yang berkepentingan dan berkuasa mahu terus membela lelaki tua yang telah sakit dan dasar automotif negara hanya bersifat setempat. Berita Semasa tidak menafikan langsung penambaikan yang berlaku pada model-model terbaru seperti Proton. Tetapi atas nama mahu menjaga kepentingan Proton akhirnya industri automotif mendapat tempias buruk sama. BACA SINI Untuk mendapat fakta lebih lanjut.

CUBA BACA PENDAPAT DIBAWAH DARI ORANG KUAT PEKEMA:

Malaysia perlu jadi hab kereta



Wan Zaid Wan Abdullah

KAJIAN semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang dijadual diumumkan, esok, diharap dapat membantu meningkatkan industri automotif negara supaya menjadi lebih berdaya saing.

Timbalan Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah berkata, NAP baharu itu harus menumpu kepada satu dasar yang boleh menjadikan Malaysia hab industri automotif dalam bidang khusus.

“Kita perlu mewujudkan hab di Malaysia supaya tidak ketinggalan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia kerana kita mempunyai pertumbuhan ekonomi stabil.

“Dasar baharu ini perlu menumpukan lebih banyak kepada pembaharuan industri automotif bagi segmen kenderaan elektrik, kenderaan jimat tenaga serta hibrid, supaya kita boleh menjadi hab pengeluar segmen kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui di Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2014 anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu di Port Dickson, semalam.

Mengenai keyakinan pelabur luar untuk melabur dalam industri automotif bagi segmen kenderaan tersebut, Wan Zaid berkata, Malaysia mampu meyakinkan pelabur kerana dasar pasaran automotif yang sangat kukuh.

“Ianya tidak menjadi masalah kerana iklim pelaburan di negara kita juga baik selain serta kewujudan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan teknologi yang lengkap.

“Jika dibandingkan negara kita dengan negara jiran, keadaan politik kita lebih stabil, begitu juga kewangan yang dilihat semakin kukuh tanpa ada masalah ekonomi serius,” katanya.

Sementara itu, Wan Zaid tidak bersetuju dengan pemansuhan sistem Lesen Import (AP) Terbuka bagi kenderaan terpakai bermula 31 Disember 2015.

“Sistem AP terbuka ini ada matlamat berlainan dan tidak boleh dilihat sebagai persaingan kepada pertumbuhan industri automotif sebaliknya pelengkap kepada pertumbuhan industri ini dan harus dikekalkan.

“Selain faedah ekonomi secara langsung kepada negara dan khususnya Bumiputera, ia juga mewujudkan satu tanda aras kepada industri ini dari segi paras harga kereta dan sebagainya,” katanya.


BENARKAH Harga kereta turun hingga 30% menjelang 2018

Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harianhari ini.

Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.

"Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.

" Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.

" Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar," kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.

Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Produa Alza (12%).

6 ulasan:

rantai berkata...

RASUAH PUNCANYA ..!!! TAK BAGI RASUAH TAK LULUS .... TAK BAGI RASUAH, FAIL SIMPAN KAT BAWAH ... cer bagi rasuah dari officrboy hingga ke pengarah dan menteri .... gerenti jadik punya .... tenguk import kereta ka langkawi tu , timb pengarah kastam pun yang cuba halang pun dia orang tibai .....!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

semua akan turun meredum menjelang pru 14 2018 nanti. rakyat yang bodoh lagi bebal akan mengundi bn sekali lagi

Tanpa Nama berkata...

Amalan rasuahlah yg mybabkan malysa trsgkur,bangunan runtuh jln berlbang stadium rnth dan segala mcm rnth....! £¥₩$.

Tanpa Nama berkata...

BIasalah selagi belum kenyang...selagi belum kering hasil bumi malaysia ni selagi tulah dikorek


Jana pendapatan sampingan ;
http://stayreward.com/index.php?share=14575

Tanpa Nama berkata...

Kat Thailand dan Indon xda UMNOOO.. sbb tu kedua2 negara tsb melangkah jauh dlm pengeluaran kereta..kalau kat sana pun ada UMnooo..2x5 jugalah mcm Malaysia...hahahahahaha

Abdul Said berkata...

Bukan saja automotif, dengan Thailand kita juga ketinggalan dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan (universiti-universiti Thailad ber 'ranking' tinggi dai uni-uni Malaysia, pertahanan dan juga budaya. Habislah lu suma.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...