22 Januari 2014

ANAK MENTERI-MENTERI BN SAPU BILION-BILION RAKYAT SURUH MAKAN KANKUNG...?


Anak Taib Mahmud pegang saham 49 syarikat bernilai RM1 bilion



Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Shahnaz Majid tuntut penyelesaian perceraian sebanyak RM400 juta. Gambar fail.Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memiliki saham dalam 49 syarikat yang bernilai lebih daripada RM1 bilion, kata akauntan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Andrew Heng memberitahu mahkamah tiada maklumat mengenai 18 daripada 49 syarikat tersebut kerana entiti tersebut dikecualikan daripada menghantar penyata kewangan yang diaudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebelum ini, bekas isteri Mahmud Abu Bekir, Shahnaz Majid, 50, memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu mempunyai aset lebih daripada RM1 bilion di Malaysia.


Heng yang dibayar oleh Shahnaz untuk menyiasat status kewangan Mahmud Abu Bekir memberi kenyataan dalam perbicaraan tuntutan penyelesaian perceraian Shahnaz sebanyak RM400 juta termasuk harta sepencarian dan mutaah.

Shahnaz juga menuntut aset yang dimiliki Mahmud Abu Bekir termasuk tujuh kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak, beberapa rumah di luar negara dan saham daripada 15 syarikat.

Ketika disoal oleh peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, Heng berkata daripada siasatannya mengenai salah satu daripada 18 syarikat tersebut, syarikat itu sedang membangunkan rumah banglo di dua kawasan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur yang bernilai RM18 juta.

"Oleh kerana defendan memiliki saham 50% daripada syarikat tersebut, saham beliau bernilai RM9 juta" kata Heng.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...