24 Januari 2014

PEMBALAKAN DI KEDAH KIAN RAKUS, PENDUDUK GESA KERAJAAN HENTI PEMBALAKAN !!!



Bagi pengguna jalanraya di sekitar Kedah anda dapat melihat lori-lori balak bertali arus membawa balak ada yang saiz besar dan ada saiz dahan dan ranting balak ......lepa punggah habis-habisan....

Nahhhh...baru hang pa kenai sapa itu BN. Dahulu kata Kerajaan PAS curi balak, sekarang apa dah jadi...takan nak tengok saja..buat la demo macam dulu

Amno/Bn memang yang terbaik kerana rakyat undi dalam PRU ke-13...  ingat nak berenti keluar balak ...lagi sakan depa gasak ...!!!

Penduduk rayu k'jaan Kedah henti pembalakan

Kerajaan negeri Kedah dirayu agar menghentikan segera kerja-kerja pembalakkan di kawasan berdekataan Kampung KEDA Kemangi, Kupang dekat Baling yang dikhuatiri akan menyebabkan hakisan dan masalah bekalan air.

Desakan itu dibuat sekumpulan lebih 200 penduduk dari enam buah kampung yang berdepan masalah pencemaran air terutama pada musim hujan, selain kekeringan air ketika musim kemarau jika projek pembalakkan itu diteruskan.

Seorang wakil penduduk, Nasir Awang, 50, berkata penduduk meminta kerajaan negeri agar tidak bertolak-ansur dengan pihak pemegang konsesi yang mendapat kelulusan membalak sewaktu kerajaan PAS mentadbir negeri Kedah sebelum pilihan raya umum yang lalu.

"Kami mahu menteri besar tegas tidak membenarkan kerja-kerja pembalakan diteruskan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang hanya satu kilometer dari perkampungan KEDA Kemangi," katanya ketika ditemui di Kampung Keda Kemangi di Baling petang semalam.

Kampung terlibat ialah kampung KEDA Kemangi, Kemangi, Bendang Baru, Padang Lengkuas, Kuala Kuang dan Padang Dan yang menempatkan sebanyak 350 keluarga dengan lebih 2,000 penduduk.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TEBANG JANGAN TAK TEBANG
ANGKUT JANGAN TAK ANGKU
PULUN JANGAN TAK PULUN
GHETA PAK DEPA, LABAIH TABAIH HABIS
PRU14 tak dak chan dah...... Buat la ni buat

mansor berkata...

ini UMNO la yang memerintah..kalau PAS boleh la minta henti itu ini..ini peluang untuk kaut kekayaan negeri..kalau tak nyesal..PRU 14 belum tentu menang....kami peduli apa yang penting , fulus maaaaasyuuuk...tu la korang undi kami lagi...kikikikikik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...