31 Oktober 2013

TERHANGAT! Blogger UMNO, PADIJANTAN Diarah Bayar RM130,000 Kerana Memfitnah




Patutlah dok menibai mukriz dan mahyuddin......depa dah tak pakai kut.....sendiri tanggunglah saman tu?




Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.



Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.

Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.


Bekas Setpol MB menang saman fitnah



ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnahnya, dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar mengarahkan defendan membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Abu Bakar membuat keputusan itu setelah mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan laporan yang disiarkan pada laman blog terbabit pada 22 Julai 2012, adalah fitnah selain memberi kesan negatif terhadap reputasi plaintif.

“Mahkamah juga mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri Besar serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui teknologi iaitu internet termasuk, keluarga plaintif yang menanggung kesannya,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah, diwakili oleh Amin Amirul & Partners melalui peguam, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan tidak diwakili peguam.

Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat menfitnah beliau, menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu serta menjejaskan maruah diri dan keluarga.

Beliau juga memohon defendan meminta maaf secara terbuka dan menarik balik laporan fitnah.

Muhammad Sanusi ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan itu selain mahu kes ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang terhadap mana-mana pemimpin politik.

“Tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah yang dilakukan sekelompok media baru dengan menabur fitnah. Kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.

Menurutnya, kes ini juga wajar dijadikan pengajaran kepada blogger tempatan yang sering memaparkan berita tidak sahih untuk sebaran sama ada laman facebook, blog, twitter mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS).
 -SH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...