23 Oktober 2013

PANAS ! PROJEK SEGERA SUDAH MAI....PRK SG.LIMAU


Peruntukan RM2 juta untuk baik pulih jalan di Sungai Limau


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan hampir RM2 juta bagi membaik pulih jalan-jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan itu diluluskan bukan kerana pilihan raya tetapi disebabkan keperluan untuk penduduk di kawasan berkenaan.

"Banyak jalan dalam kawasan itu berlubang." katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kementerian itu berupa wang tunai dan barang makanan kepada lebih 200 keluarga dari 12 kampung di kawasan Pinang Tunggal di sini yang dilanda banjir sejak Ahad lepas.


Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Merdeka Ali Yahya dan timbalan ketua Umno bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusoff.

Mohd Shafie berkata bantuan itu diberikan untuk meringankan beban mangsa banjir di kawasan itu.

Pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian itu juga telah diarah membuat penilaian bagi membantu membaik pulih rumah penduduk yang perlu dibantu, katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jalan dekat kawasan rumah sy dah macam kena bom perang.tolong mai turap segera.Kami amat memerlukan.Tunjukan keihlasan anda di sini.

Tanpa Nama berkata...

2 JUTA JA.
Salam perjuangan.Setiap kali PRK slot drama ni yg selalu dihidangkan olih balaci2 umno.Nak buat tu,nak baiki ni,nak bina nun.semua nak di perbarui pendek kata semua NAK NAK.Yang si pencacai umno plak dengaq dengan mulut ternganga luas.Yang kroni plak dok pekira berapa nk adjust percent nk kaut dari kontraktor.Yang kontraktor plak dok pikiaq berapa nk untung.Pendek kata,panjang cerita semua NAK NAK.Habis PRK ghuyup blik KL,tinggai taik kt Sg Limau.

Tanpa Nama berkata...

drama pilihan raya bermula.. jangan terpengaruh taktik umno. Undilah PAS!

Tanpa Nama berkata...

Perlaksanaan janji manifesto PRU 13 belum 1% dilaksanakan, dimanakah jalan empat lorong dari Tg.Dawai ke Sg.Petani dan ke Alok Staq.Bil air dan api percuma untuk Warga emas,nie yang dok habaq kat orang- tua-tua supaya undi BN jangan dok undi PAS tempoh hari.Undi PAS boleh apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...