23 Oktober 2013

SEKITAR PENAMAAN CALON PRK DUN SG.LIMAU - SAKSIKANLAH

Pertembungan satu lawan satu di Sungai Limau

Calon BN, Dr Sohaimi Lazim (kiri) dan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat bergambar bersama selepas proses penamaan calon selesai.

Calon muda PAS Mohd Azam Abd Samat dan wakil Barisan Nasional (BN) Dr Sohaimi Lazim akan bertanding dalam pertandingan satu lawan satu di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau pada 4 November depan selepas penamaan calon hari ini.

Calon BN, Sohaimi, 52, adalah pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris manakala Mohd Azam, 36, pula ialah guru agama tempatan di Sungai Limau.









BN MENANG KEDAH SENANG....SAPA YANG SENANG SEKARANG...







Calon Pas sudah bersedia


Berita akan dikemas kini dari masa ke semasa

PRK Sungai Limau: Proses penamaan calon bermula pagi ini

YAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bermula hari ini dengan proses penamaan calon diadakan di Dewan Dato' Madi, di sini, jam 9 pagi.

Terdahulu, perarakan penyokong calon yang bertanding akan diadakan dan setakat ini, ia membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Perarakan penyokong Pas akan dimulakan jam 8 pagi ini diketuai oleh TG Hj. Hadi ,manakala BN yang dijangka diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual bermula jam 9 pagi.

BN mengemukakan bekas pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sohaimi Lazim, manakala Pas menerusi Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat, 37.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia bulan lalu kerana komplikasi jantung dan kencing manis.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu Allahyarham yang memenangi kawasan itu selama tiga penggal, mempertahankan kerusi terbabit dengan menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali, dengan majoriti 2,744 undi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengok gambak penyokong bn (wanita) "PILIH BARISAN UNTUK TRANSFORMASI"
Cek nak tanya makcik di kawasan kita ni tau ka apa dia "transformasi" tu.
Macam transfoma kereta ka, moto ka atau yang dekat bendang tu?
Boleh bawak pi semayang..... Menatang apa transformasi itu.... Dia boleh bagi apa kat kita
Tulung habak mai buleh dak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...