23 Oktober 2013

TAK SEMUA PEMIMPIN PR BOLEH BUAT MACAM TS KHALID


RAKAMAN GAMBAR MENTERI BESAR SELANGOR DALAM LRT SEMASA DI SINGAPURA !!!!

Rakaman gambar ini kalau di cari dalam utusan, Berita Harian, Harian Metro dan Kosmo taubat lahum tidak akan jumpanya.

Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor menaiki bas ketika mengadakan kunjungan/lawatan rasmi sambil bertugas di Singapura baru-baru ini.

Beliau dan rombongannya ke sana baru-baru ini atas urusan rasmi mau menarik para pelabur Singapura ke negeri Selangor yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Atas sifat berjimat cermat, berbelanja dana rakyat secara berhemah dan kedekut inilah yang menyebabkan wang rizab negeri Selangor kini sudah mencecah melebih RM3 billion... suatu jumlah yang buat para pemimpin UMNO/BN terutamanya Najib Razak melelih air liur.




DARI MANA RIZAB RM3.0 BILION , FAHAMILAH SEDALAM-DALAMNYA KEPADA ORANG POLITIK :

“Tidak timbul masalah sama ada Kerajaan ingin menyimpan atau membelanjakan rizab simpanan kerana ia tidak termasuk dalam pendapatan negeri atau negara untuk tahun itu,”


Strategi MB urustadbir rizab Selangor diyakini



SHAH ALAM, 20 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diyakini mempunyai strategi tertentu dalam mengurus tadbir dana Kerajaan Negeri, kata Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau juga berpendapat pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan dana Kerajaan Negeri baru-baru ini sebagai perkembangan yang sihat dan perlu untuk penambahbaikan urustadbir yang berterusan.

“Teguran Anwar itu baik selaku Penasihat Ekonomi Negeri, tetapi Menteri besar juga komited. Bagi saya, ia perlu diterima secara terbuka dan jangan bersikap defensif,” katanya, ketika dihubungi TV Selangor.

Minggu lalu, Anwar ketika berucap di pentas terbuka semasa forum Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya berkata Abdul Khalid seharusnya mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan kewangan Kerajaan Negeri.

Dzulkefly berpendapat rizab perbendaharaan yang hampir mencecah RM3 bilion itu berkaitan dengan pelan jangka panjang pentadbiran Abdul Khalid dan jemaah exco beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sesebuah pentadbiran berhak menentukan sasaran mereka sendiri, namun haruslah memastikan keperluan rakyat itu dipenuhi dengan sebaiknya.

“Belanjawan yang cantik adalah apabila perbelanjaan dan pembangunannya seimbang. Apabila sesebuah kerajaan bercakap tentang bajet, mereka mesti menggunakan metodologi (kaedah atau prinsip) untuk tentukan apa yang hendak dicapai.

“Tidak timbul masalah sama ada Kerajaan ingin menyimpan atau membelanjakan rizab simpanan kerana ia tidak termasuk dalam pendapatan negeri atau negara untuk tahun itu,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...