14 Oktober 2013

Panas ! Lagi Penipuan Dakwa Calon Ketua Pemuda....

Calon akan lapor kepada Lembaga Dispilin UMNO esok
Beliau hairan bagaimana pengiraan undi dibuat di dua tempat yang berasingan.


KEMAMAN: Calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Hazarul Ifdaz Mohamad Rahim (Along) yang tidak puas hati dengan kekalahannya di tangan Fikri Ibrahim (Bulat) semalam akan melaporkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini mengenai kemungkinan berlakunya penipuan sewaktu mengira undi semalam.

Katanya, beliau hairan bagaimana pengiraan undi dibuat di dua tempat yang berasingan.

“Saya rasa ada unsur-unsur penipuan,” katanya kepada FMT mengulas kekalahannya di tangan Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kemaman, Bulat Sabtu lalu.

Bulat mendapat 302 undi manakala Along mendapat 67 undi. Bulat menang dengan majoriti 235 undi.

Mohd Fauzi Mat Adam menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda. Manakala 15 orang ahli jawatankuasa yang menang ialah Amizu Mohd Noor ( 286 undi), Che Ku Mohd Sufian Che Ku Long (285 undi), Zaidi Mat (277 undi),Zulkefli Abu Bakar- (277 undi), Muhammad Faiz Idris (270 undi).

Jeffri Mohamad (268 undi), Che Wan Abdul Ghani Che Wan Abu Bakar (262 undi), Marwari Mohamad (252 undi), Mohd Hanafi Rahman (251 undi),Mohd Aidi Johar (237 undi).

Khairul Amin Haron (231undi), Yusmawi Yusoff (218 undi), Mohd Yusri Mohd Zaki (216 undi), Nazmi Abdl Ghani (193 undi) dan Mohamad Norzaidi Ab Majid (185 undi).

Along hairan bagaimana pemantau yang menyokong Bulat bebas masuk ke dalam bilik pengundian yang sudah tentu mempengaruhi para perwakilan yang sedang mengundi di dalam bilik tersebut supaya mengundi Bulat.

Beliau mencadangkan di masa akan datang pemantau jangan diambil di kalangan ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Kemaman yang berpihak kepada calon yang bertanding.

“Sepatutnya pemantau dilantik dari Umno Bahagian lain di Terengganu yang sudah tentu mereka berkecuali dalam pemilihan ini,
”katanya lagi.

Along akan mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan berlakunya salah laku sepanjang kempen Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman.

Beliau percaya jika penipuan ini tidak dibendung, ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar akan kalah teruk dalam pertandingan Naib Ketua Bahagian mencabar Setiausaha Politik Menteri Besar ,Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid yang merupakan penyokong kuat Bulat pada 19 Oktober depan.

“Seperti kata Wan Ahmad Nizam tidak mustahil pencabar ketua bahagian, Mat Dalam Awang yang menentang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mendapat satu undi sahaja jika penipuan ini terus berlaku,” katanya lagi.

2 ulasan:

Unknown berkata...

calon ketua pemuda hendaknya jadi contoh

Unknown berkata...

calon ketua pemuda sealayaknya adalah panutan masyarakat, komentar juga yer ke blog saya www.goocap.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...